Connect with us

Berita Lain

Pecah Amanah Lebih RM47 Juta, 2 Bekas Pegawai Kanan Felda Dipenjara

Foto: Berita Harian

KUALA LUMPUR – Dua bekas pegawai kanan Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (Felda) masing-masing dipenjara lima dan dua tahun oleh  Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas
didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan pecah  amanah dan bersubahat pecah amanah dana  Felda lebih RM47 juta, empat tahun lalu.
Hakim Allaudeen Ismail menjatuhkan hukuman penjara lima
tahun terhadap bekas Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik  Muhammad Sufi Mahbub, 54, dan penjara dua
tahun terhadap bekas Pengarah Besar, Datuk Faizoull Ahmad,58, selepas pihak
pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, Allaudeen berkata setelah meneliti,
membaca dan menilai keterangan kesemua saksi pendakwaan dan pembelaan, mahkamah
mendapati kedua-dua tertuduh gagal mematahkan tanggapan terhadap mereka dalam
kes itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan kedua-dua
tertuduh melalui peguam Datuk Zaidi Ibrahim yang mewakili Muhammad Sufi dan
peguam Azad Bashir yang mewakili Faizoull bagi penangguhan pelaksanaan hukuman
sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dengan mengekalkan jaminan RM1
juta setiap seorang.
Mengikut dua pertuduhan tersebut,  Muhammad Sufi didakwa sebagai Timbalan
Pengarah Besar Sumber Strategik Felda ketika itu, telah melakukan pecah amanah
terhadap dana organisasi itu iaitu dengan curangnya melupus dan meluluskan
pembayaran masing-masing RM25,999,000 dan RM21,626,500 yang kesemuanya
berjumlah RM47,625, 500 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa
Tender Felda.
Bagi dua pertuduhan pecah amanah itu, mahkamah menjatuhkan
hukuman penjara masing-masing lima tahun ke atas Muhammad Sufi dan
memerintahkan kedua-dua hukuman berkenaan berjalan  serentak.
Faizoull pula didakwa atas dua pertuduhan bersubahat dengan
Muhammad Sufi untuk melakukan perbuatan sama dan mahkamah menjatuhkan hukuman
penjara masing-masing dua tahun ke atas Faizoull serta memerintahkan kedua-dua
hukuman itu berjalan serentak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mereka dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Bangunan
Wisma Felda Jalan Perumahan Gurney, di sini antara 13 Jan hingga 23 Julai 2014
mengikut Seksyen 409  dan Seksyen 109
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, dengan sebat
dan hendaklah juga dikenakan denda.
Sebanyak 49 saksi pendakwaan dan enam saksi pembelaan
dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu yang bermula pada 13
Jun 2017.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz dan
Farah Yasmin Salleh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai
pengajaran terhadap kedua-dua tertuduh dan juga orang awam agar tidak melakukan
kesalahan sama.
“Walaupun kedua-dua mereka tidak mempunyak rekod jenayah
lampau,  mahkamah perlu mengambil kira
kepentingan awam dan keseriusan kes itu.
“Pihak pendakwaan juga memohon agar kedua-dua tertuduh
dikenakan hukuman denda tinggi kerana faktor usia mereka tidak membenarkan
mahkamah menjatuhkan hukuman sebat,” katanya.
Peguam  Zaidi yang
mewakili Muhammad Sufi dan peguam Azad yang mewakili Faizoull memohon mahkamah
menjatuhkan  hukuman ringan dengan alasan
kedua-dua tertuduh mempunyai tanggungan keluarga dan itu merupakan kesalahan pertama
mereka. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel