Connect with us

Berita Lain

Pelancong Selamba Gelek Seksi Depan Masjid


KOTA KINABALU – Aksi tidak senonoh pelancong asing yang
sakan ‘bergelek’ di atas tembok pagar sebuah masjid di bandar ini telah
mencetuskan kemarahan orang ramai khususnya daripada penduduk setempat.

Menerusi perkongsian netizen di laman Facebook, dua pelancong
asing yang berpakaian seksi berkenaan dirakam selama 10 saat menari ala ‘K-pop’
yang mana turut disertakan bersama lenggokan badan.
Sementara itu seorang lagi wanita dipercayai rakan mereka
dilihat sedang merekod aksi kedua-dua wanita itu dengan menggunakan telefon
bimbit miliknya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Tidak diketahui tarikh sebenar ia dirakam namun video
kejadian yang berlatar belakangkan kawasan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu itu
tersebar di media sosial sejak malam Sabtu.
Sehubungan itu, pihak pengurusan tertinggi Masjid Bandaraya
Kota Kinabalu (MBR) mengarahkan serta-merta agar masjid berkenaan ditutup buat
sementara waktu kepada pelawatan pelancong asing.
Pengerusinya, Datuk Jamal Tun Sakaran berkata keputusan
tersebut dibuat selepas melihat aksi tidak senonoh dua wanita tersebut yang
mencemar kesucian masjid berkenaan.
“Pihak Pengurusan Tertinggi MBR mengambil keputusan untuk
melarang sementara waktu kepada semua pelancong untuk datang melawat masjid
berkenaan serta-merta.
“Ini ekoran daripada video yang tular di media sosial
menunjukkan tindakan pelancong asing mempamerkan perilaku tidak senonoh di atas
pagar MBR.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau juga turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan
pelancong terbabit meskipun sudah diberitahu tertib serta peraturan di sekitar
masjid.
MBR juga memutuskan untuk tidak membenarkan semua bas
ekspres, kenderaan pengangkutan Grab dan teksi untuk membawa pelancong masuk ke
kawasan dan sekitar masjid, melainkan teksi yang sudah berdaftar dengan pihak
masjid. 


Advertisement


– MYNEWSHUB

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel