Connect with us

Berita Lain

Pemaju Tanah Felda Jalan Semarak Saman Shahrir Samad RM100 Juta


KUALA LUMPUR – Syarikat Synergy Prome­nade Sdn. Bhd. (SPSB)
yang merupakan pemaju KL Vertical City hari ini menfailkan saman ke atas bekas
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di
sini.
Peguam syarikat, Mohamed Reza Rahim berkata, saman itu
dikemukakan ke atas Shahrir yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru berikutan
mengeluarkan pernyataan tertentu yang salah di media massa dan sosial mengenai
isu pindah tanah milik Felda di Jalan Semarak.
“Kami ingin menegaskan saman ini difailkan ke atas individu
iaitu Shahrir dan tidak melibatkan Felda.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saman ini berjumlah RM100 juta bagi kos ganti rugi kerana
ia merupakan satu projek besar dan Shahrir telah mengeluarkan beberapa salah
pernyataan fakta kepada media sejak Disember tahun lalu hingga Mac tahun ini,”
katanya.
Turut hadir, Pengarah Pembangunan Perniagaan, SPSB, Datuk
Marina Hashim.
SPSB selaku plaintif menfailkan saman itu di Pejabat
Pendaftar Mahkamah Tinggi melalui firma guaman Tetuan Reza Rahim & Rajivan
dengan menamakan Shahrir sebagai defendan.
Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Mohamed Reza berkata, atas kapasiti sebagai bekas Pengerusi
Felda, penyataan yang dikeluarkan Shahril itu bagi anggapan pihak SPSB adalah
tidak benar.
“Ia merupakan salah nyata fakta yang membawa kepada
kecederaan reputasi yang besar kepada anak guaman.
“SPSB juga menuntut permohonan maaf Shahrir di lima akhbar
nasional pilihan plaintif dalam tempoh tujuh hari selain Shahrir memberi aku
janji bertulis untuk tidak mengulangi pernyataan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 9 Mac lalu, Felda berjaya memiliki kembali 16 lot tanah
di Jalan Semarak, Kuala Lumpur setelah menandatangani memorandum persefahaman
dengan SPSB sebagai pemaju Kuala Lumpur Vertical City.
Shahrir yang ketika itu Pengerusi Felda menjelaskan,
memorandum itu ditandatangani pada 15 Januari lalu dan telah melantik sebuah
jawatankuasa khas rundingan untuk membuat penambahbaikan dalam projek tersebut.
Kontroversi membabitkan tanah Felda bermula pada hujung
tahun lalu tercetus apabila media mendedahkan agensi tersebut dikatakan
berisiko kehilangan tanah miliknya di Jalan Semarak menerusi transaksi pindah
milik yang diragui sejak 2015.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda
Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan
sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi
membangunkan projek dikawasan tersebut. 



– MalaysiaGazette

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel