Connect with us

Berita Lain

PH Tak Bimbang Faktor Usia Tun Mahathir


PADA usianya yang mencecah 93 tahun, komitmen Tun Dr.
Mahathir Mohamad terhadap tugasnya sebagai perdana menteri dilihat masih tinggi
dan tidak ada tanda-tanda akan reda dalam masa terdekat.
Kesungguhan yang ditunjukkan Mahathir itu juga dalam masa
yang sama menimbulkan kebimbangan buat isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah memandangkan
beliau menerima jawatan sebagai pentadbir negara pada usia yang lanjut.

Selain isteri beliau, kebimbangan mengenai umur dan
kebolehan Mahathir yang merupakan pemimpin paling tua di dunia itu turut
disuarakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, barisan kepimpinan Pakatan
Harapan (PH) tetap yakin Mahathir mampu menggalas tugas dan amanah rakyat
dengan baik biarpun usianya bakal menginjak 93 tahun Julai ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam masa sama, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat
Sabu itu berkata bahawa pemimpin-pemimpin dalam PH mampu meneruskan tugas jika
sesuatu berlaku terhadap Mahathir.
“Kita sentiasa bersedia (pikul amanah dan tanggungjawab yang
diberikan Dr. Mahathir kepada menteri Pakatan Harapan) dan juga kita tahu
dengan gandingan Dr. Mahathir dan pengaruh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) PH akan
jadi lebih mantap.
“Kita juga yakin dapat menggalas (amanah) kalau apa-apa
berlaku kepada Dr. Mahathir,” ujarnya seperti dipetik portal berita
Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media Wisma
Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.
Mohamad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Raja itu
bagaimanapun menegaskan bahawa perdana menteri berada dalam keadaan sihat
ketika ini.
Gabungan PH berjaya menakluki Putrajaya sekaligus diberikan
mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara ini selepas memenangi Pilihan Raya
Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, PH telah melantik
Mahathir untuk menjadi perdana menteri biarpun sedar umurnya semakin lanjut.
Sejak diamanahkan memegang jawatan tersebut, pengerusi Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dilihat bekerja keras bagi memperbaiki
segala kerosakan yang dilakukan kerajaan terdahulu.
Disebabkan kesibukan beliau bekerja, isterinya Siti Hasmah
pernah membangkitkan kebimbangan mengenai perkara itu melalui satu posting yang
dimuat naik di laman Facebook rasmi Kelab Che Det.
“Saya risaukan kesihatan Tun yang tak cukup tidur. Waktu
tidur beliau digunakan untuk meneliti setiap dokumen kerajaan.
“Dalam satu malam beliau meneliti lebih 200 dokumen sehingga
pukul 4-5 pagi. Pukul 7 pagi beliau sudah berada di pejabat,” luahnya dalam
entri berkenaan.

– Mynewshub

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel