Connect with us

Berita Lain

PKR Buat Laporan Isu Solat Jumaat Ditukar Pada Hari Sabtu


PERMATANG PAUH: PKR Permatang Pauh menggesa Kementerian
Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan tegas terhadap individu yang
menyebarkan isu solat Jumaat ditukar kepada hari Sabtu yang tular di Facebook
dan beberapa media sosial.
Ketua Cabangnya, Amir Ghazali berkata, pada masa sama, pihak
berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu memainkan
peranan kerana isu berkenaan dibimbangi boleh mencetuskan perpecahan dalam
kalangan umat Islam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, walaupun ketika ini isu berkenaan tidak berlaku,
namun langkah awal perlu diambil pihak berkuasa menerusi peruntukan
undang-undang sedia ada.
“ Kami harap kerajaan menerusi kementerian berkaitan
termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pandang serius
isu ini,”katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Bukit Mertajam, Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT), di sini hari ini.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Permatang Pauh,
Saiful Reza Saiful Azmi berkata, pihaknya membuat laporan supaya polis dapat
menyiasat tindakan kolumnis, Farouk A. Peru yang menyiarkan isu berkenaan
menerusi portal berita.
“Kenyataan berkenaan telah menyentuh sensitiviti umat Islam.
Saya berharap polis juga dapat menjalankan siasatan terhadap akaun Facebook
iaitu Rakyat Malaysia Sejahtera yang mencipta pelbagai rekaan grafik bertujuan
memanaskan isu ini,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada masa sama, beliau menjelaskan isu berkenaan telah
menimbulkan persepsi yang mana Kerajaan Pakatan Harapan menyokong konsep
liberal sedangkan ia tidak benar.
– Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel