Connect with us

Berita Lain

PM Arah Beri Bantuan RM400 Kepada Guru Kafa, Imam, Bilal, Siak – Guan Eng

Guan Eng menyampaikan sumbangan samasa iftar di Masjid Jamek Kubang
Buaya, Butterworth kepada ahli qariah dalam Kawasan Parlimen
Bagan. – Foto: FB YB Lim Guan Eng

BUTTERWORTH – Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian
bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM400 kepada guru Kelas Agama dan Fardu
Ain (Kafa), imam, bilal dan siak di seluruh negara.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sumbangan berkenaan
telah diluluskan hari ini.

“Atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, saya
hari ini telah meluluskan pemberian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada guru
Kafa, imam, bilal dan tok siak. Kita bagi RM400 sama seperti yang diterima
penjawat awam di peringkat persekutuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini yang saya baru luluskan dan saya tandatangan  hari ini. Saya akan keluarkan satu kenyataan
rasmi esok,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek
Kubang Buaya, di sini hari ini.
Guan Eng, ketika ditemui pemberita selepas majlis itu
berkata bantuan berkenaan akan diberikan secepat mungkin.
Ditanya mengenai jumlah peruntukan bantuan itu, beliau
berkata pihaknya akan memberi maklumat terperinci berhubung pengumuman itu
dalam kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan esok.
Sementara itu, mengulas mengenai rundingan semula projek Rel
Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Lim berkata kerajaan masih
perlu membincangkan perkara itu sebelum meneruskan rundingan berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada sidang media di
Putrajaya hari ini berkata Malaysia akan menghantar tiga menteri iaitu beliau
sendiri, Lim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ke
Singapura bagi membuat rundingan semula projek HSR dengan negara itu.
Pada 28 Mei lepas, Dr Mahathir mengesahkan Malaysia akan
membatalkan projek HSR dan kemungkinan perlu membayar pampasan sehingga RM500
juta kepada Singapura.
Projek HSR, dirancang membabitkan jarak 335 kilometer dan
meliputi empat negeri, akan menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura. Projek itu
dijadual siap pada 2026. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel