Connect with us

Berita Lain

PM: ‘Projek Kereta Baru Tingkat Keupayaan Kejuruteraan’


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek kereta nasional
baharu akan membantu meningkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia.
Menurut Perdana Menteri, ketika beliau mula melaksanakan
projek kereta Proton pada tahun 1980-an, Malaysia tidak mempunyai pengetahuan
langsung mengenai cara membuat kereta tetapi secara beransur-ansur memperoleh
pengetahuan untuk mereka bentuk, membuat dan mengeluarkan kereta secara
besar-besaran selama lebih daripada dua dekad.
“Malangnya Proton telah dijual kepada orang China yang
telah diberi hak untuk menguruskan Proton, jadi Malaysia sekarang tidak
memanfaatkan kemahiran terbabit,” katanya kepada wartawan Malaysia ketika
mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Jepun pada Selasa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dr Mahathir, yang pertama kali mendedahkan rancangan untuk
inisiatif nasional baharu untuk Malaysia di Persidangan Nikkei di sini semalam
berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan peluang bagi jurutera Malaysia
melakukan sesuatu dengan sendiri di Malaysia.
Beliau menegaskan bahawa Proton tidak lagi merupakan kereta
nasional. Pada sidang akhbar hari ini, Dr Mahathir berkata agak banyak syarikat
kejuruteraan Malaysia terpaksa ditutup kerana mereka tidak dapat membekalkan
barangan mengikut permintaan pemilik atau pengurus baharu Proton.
“Kita perlu menghidupkan mereka semula kerana
keseluruhan idea mengenai pelaburan dalam kereta nasional bukan sekadar membina
sebuah kereta nasional, ia menjadi pemangkin untuk meningkatkan keupayaan
kejuruteraan Malaysia,” kata Perdana Menteri.
Menurut beliau, itu adalah apa yang sebenarnya berlaku
dengan projek Proton.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dr Mahathir berkata, industri automotif adalah pasaran yang
sangat besar.
“Di seluruh dunia, syarikat memperolehi komponen kereta
melalui penyumberan luar, kita boleh menghasilkan komponen kereta berjenama di
Malaysia dan mengeksportnya yang akan menghasilkan banyak pertukaran
asing,” katanya.
Dr Mahathir berkata, sesiapa sahaja yang mahu terlibat dalam
projek kereta baharu itu perlu mengemukakan cadangan.
“Jika cadangan itu baik, kita perlu memberi peluang
kepada mereka. Bagaimanapun, kita tidak mahu memberi lesen kepada orang untuk
mereka jual (kepada pihak lain). Ini adalah sesuatu yang kerajaan ini akan
hentikan,” katanya.
“Sekiranya kita memberi lesen kepada orang itu, orang
itu mesti melakukan kerja itu. Jika dia didapati menjual lesen itu kepada orang
lain, kita akan mengambilnya balik,” tambahnya.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel