Connect with us

Berita Lain

Pulangkan Hak Kami: Mawar Rashid


PELAKON, Mawar Rashid tampil mendedahkan dia dan beberapa
rakan artis telah pun membuat laporan polis berhubung isu bayaran kerja tidak
dibayar oleh agensi yang namanya tidak disebut.
Jelas Mawar, 24, menerusi Instagram miliknya, dia mendapat
tawaran projek besar daripada syarikat berjenama melalui agensi tersebut.

Walau bagaimanapun, bayaran masih tidak dilunaskan sejak
Oktober lalu meski syarikat berjenama itu sudah membayar kepada agensi terbabit.
“Assalamualaikum semua, Mawar nak minta jasa baik
followers Mawar untuk doakan supaya Mawar dan artis2 lain mendapat HAK kami
balik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ada seseorang individu ini, dia memiliki sebuah
syarikat agensi. Mawar dapat tawaran untuk buat iklan digital Syarikat
berjenama dari agensi tersebut.
“Mawar shooting selama dua hari. DUA HARI YANG FULL DAN
SANGAT MEMENATKAN dan Mawar kena buat beberapa post berbayar dalam social media
Mawar.
“Tetapi individu tersebut tidak membayar ‘payment’
Mawar. Dan yang paling menyedihkan ialah, Syarikat Berjenama itu sebenarnya dah
bayar payment Mawar kepada individu itu dalam bulan sama yang Mawar shooting tu
iaitu dari bulan October tahun lepas,” tulis Mawar.
Menurut Mawar Rashid atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul
Rashid, terdapat beberapa rakan artis lain turut terkena nasib yang sama.
Katanya lagi, individu terbabit juga berjanji kepada Mawar
dan rakan artis yang terlibat akan menjelaskan bayaran tersebut pada akhir Jun
ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mawar tak faham kepada individu itu ‘hold’ duit Mawar
lama sangat. (Bukan duit Mawar sorang je, duit Artis lain juga. Rasanya kalau
campur boleh jadi ratus ribu kot).
“Lepas tu, dengarnya individu itu pergi bercuti luar
negara sana sini mungkin telah pun habiskan duit kami? wallahualam
“Individu itu berjanji akan membayar duit Mawar akhir
bulan ini,” kata Mawar.
Sebagai langkah keselamatan, Mawar dan rakan artis telah pun
membuat laporan kepada pihak berkuasa.
“Namun sebagai langkah keselamatan Mawar perlu ambil
keputusan untuk buat laporan polis terlebih dahulu kerana bukan Mawar seorang
yang terkena. Ramai lagi Artis lain yang kena tipu dengan individu ini.
“Mawar harap individu ini menunaikan janji dan
pulangkan balik hak kami semua.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami semua,
@rajailya @chacha_maembong @awinnurin,” tegas Mawar.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel