Connect with us

Berita Lain

Rosmah Sebak Terima Kunjungan Rakan-Rakan Datang Beri Sokongan


KUALA LUMPUR – Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri
Rosmah Mansor menitiskan air mata ketika menerima kunjungan NGO, ahli-ahli Umno
dan beberapa artis tanah air di kediamannya di Taman Duta hari ini.
Suasana hiba mengiringi pertemuan itu yang rata-rata mereka
tidak putus-putus mengucapkan kata-kata sokongan kepada beliau sambil
berpelukan, lapor Sinar Harian.
Rombongan kira-kira 50 tetamu itu diketuai Presiden
Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah, yang merupakan kenalan rapat
Rosmah sejak 11 tahun lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Pertemuan itu pada awalnya hanya bersama Rosmah namun, bekas
perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut serta selepas 40 minit sesi
berkenaan.

Najib ketika menyambung sesi pertemuan itu menyatakan
terharu dengan sokongan diterima dan begitu tenang meluahkan reaksi kepada
tetamu yang hadir.
Pertemuan itu berakhir selepas sejam apabila Najib dan
Rosmah terpaksa meminta diri untuk keluar, difahamkan untuk ke rumah Tan Sri
Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li namun tidak diketahui tujuannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sementara itu, Aminah berkata, beliau mengumpulkan sokongan
berkenan mengambil semangat ketika reformasi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim, yang pernah berdepan situasi sama satu ketika dahulu.
Katanya yang juga bekas wanita PKR, tekanan dilalui Najib
dan Rosmah tidak begitu jauh berbeza dengan apa yang berlaku satu ketika
dahulu.

“Saya masih ingat perkara pertama yang Datin Seri Rosmah
memberi reaksi pada saya ketika saya hubunginya berhubung siasatan SPRM, beliau
dengan tenang berkata untuk apa dia takut kerana dia tidak salah.

“Jadi beliau sekeluarga memerlukan sokongan ramai kerana
berdepan situasi sekarang ini. Sokongan ini akan berterusan, dan saya akan bawa
lebih ramai agar Najib dan Rosmah lebih bersemangat,” katanya.
Selasa lalu, Rosmah hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes berhubung SRC
International Sdn Bhd.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada bulan lalu pula, Najib turut dipanggil ke ibu pejabat
SPRM bagi memberi keterangan siasatan kes yang sama.
Najib memberi keterangan sebanyak dua kali, pada 21 dan 24
Mei masing-masing mengambil masa lebih lima dan enam jam.
Pada 26 Januari 2016, media melaporkan, Peguam Negara Tan
Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah
dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel