Connect with us

Berita Lain

“Saya masih cuba pujuk Shuib” – Siti Sarah



PENYANYI Siti Sarah masih mencuba memujuk suaminya, Shuib untuk membuat persembahan duet di acara Siti Sarah Special Showcase yang bakal diadakan pada 6 Julai depan.


Sarah atau nama sebenarnya Siti Sarah Raissuddin, 34, berkata suaminya berasa gementar untuk membuat persembahan di pentas besar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Kalau boleh memang saya nak membuat persembahan duet bersama suami saya. Tapi dia rasa gementar nak menyanyi atas pentas yang besar.


“Bak kata dia, kalau setakat menyanyi biasa-biasa itu boleh la. Sekarang ini, saya masih cuba nak pujuk dia.


“Dia setuju atau tidak, kena tunggu showcase  saya yang bakal diadakan pada 6 Julai depan,” kata Sarah kepada mStar Online.


Sarah ingin berduet dengan Shuib.


Tambah Sarah, dia berasa gementar selepas lebih 10 tahun tidak beraksi solo dalam persembahan berskala besar.


“Semakin nak dekat, makin rasa gementar sebab selepas lebih 10 tahun saya tak membuat persembahan solo dalam skala yang besar.


“Tapi Insya-Allah, saya akan berikan persembahan yang baik untuk peminat-peminat di acara showcase saya nanti,” ujarnya.


Dalam pada itu, penyanyi lagu Semakin ini turut meluahkan rasa teruja untuk membuat penampilan dengan imej terbaharunya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Saya sangat teruja sebab ini kali pertama saya nak tampil di hadapan peminat-peminat dengan imej saya bertudung.


“Tak sabar nak tahu macam mana maklum balas daripada mereka,” katanya.


Sarah menjanjikan persembahan yang tidak akan dilupakan dan membawa 24 buat lagu dengan menampilkan Faizal Uzir atau Lok U sebagai pengarah muzik.


Dibawakan oleh produk Pinky Pinky, tiket persembahan masih dijual pada harga RM149 (VIP Zone) dan RM129 (Normal Zone) dengan menghubungi talian 017-760 3221 dan 03-7732 0244.


Showcase tersebut akan diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel