Semoga berjaya di kerusi panas… – Apandi

0
45



BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengingatkan Peguam Negara baharu, Tommy Thomas bahawa jawatan yang digalas kini bukan tugas yang mudah.


Mohamed Apandi ketika dihubungi NSTP pagi ini berkata, sehubungan itu beliau mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya di atas pelantikan Tommy.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya ingin ucapkan tahniah kepada beliau dan selamat maju jaya dengan ingatan bahawa tugasan sebagai Peguam Negara bukanlah suatu yang mudah.


“Semoga berjaya di kerusi panas. Ia bukan muda kerana ia jawatan yang sukar,” katanya.


Mengulas mengenai bila pelantikan baharu itu akan berkuatkuasa, Mohamed Apandi berkata, tarikhnya belum maklumkan tetapi beliau menjangkakan selepas tempoh beliau bercuti selesai.


“Bagaimanapun, kita hendaklah tunggu untuk pengumuman seterusnya oleh kerajaan,” katanya.


Isu pelantikan Peguam Negara menggantikan Mohamed Apandi, yang ketika ini bercuti tanpa rekod selama 30 hari mulai 15 Mei lalu, tercetus apabila Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, mengusulkan nama peguam veteran, Tommy Thomas, untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.


Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dalam kenyataan bertarikh 4 Jun yang dihantar Istana Negara hari ini, Wan Ahmad Dahlan berkata, Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.


“Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia,” katanya.


-mymetro

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here