Connect with us

Berita Lain

‘Semoga segalanya dipermudahkan’



PELAKON, Ashraf Muslim berkongsi khabar gembira apabila bakal menimang cahaya mata ketiga hasil perkahwinan dengan isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 34.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ashraf atau Muhd Ashraf Muslim, 37, berkata, usia kandungan Sakinah kini mencecah tujuh bulan dan dijangka bersalin September ini.


“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki diberikan ini. Sejujurnya, saya tidak pernah merancang sebaliknya menyerahkan perkara ini kepada ketentuan Allah. Apa diberi saya terima dan jaga sebagai amanah.


“Dalam perkara ini, Allah adalah sebaik-baik perancang. Mana tahu selepas ini giliran isteri pertama pula hamil. Saya sentiasa berdoa semoga segalanya dipermudahkan,” katanya kepada Harian Metro.


Ashraf yang juga pengacara program Assalamualaikum di TV Alhijrah berkata, isteri pertama iaitu Noor Dayana Lokman, 31, banyak memberikan sokongan kepada Sakinah.


Menurut Ashraf, meski terdapat komen berbaur negatif, Ashraf bersyukur kedua isterinya masih akrab dan harmoni bersama.


“Kalau ikutkan, saya belum bersedia berkongsi mengenai berita ini kerana ingin menjaga hati banyak pihak. Namun, isteri terlebih dahulu berkongsi di laman Instagram.


“Walaupun ia sesuatu yang baik, tetapi masih ada segelintir netizen yang gemar memberikan persepsi negatif dan tidak suka. Apatah lagi dalam situasi sekarang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Alhamdulillah, walau apa pun diperkatakan mereka harmoni bersama. Jadi, saya berharap doakan saja yang terbaik untuk kami dan semoga anak dalam kandungan sihat dan selamat dilahirkan,” katanya.


Menerusi perkahwinan pertama, Ashraf dan Dayana dikurniakan anak lelaki, Anas Ashraf yang kini berusia tiga tahun.


Bersama Sakinah, mereka dikurniakan dua anak, Sarah Ashraf, 4, dan Adam Ashraf, 3.


#kw Ashraf Muslim, Wan Sakinah Ahmad Saburi

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel