Connect with us

Berita Lain

Sirul Utus Surat Pada Dr Mahathir: Sedia Dedah Kes Bunuh Altantuya


Menurut bekas ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya
Shaaribuu, telah menulis sepucuk surat peribadi kepada Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.

Sirul mengulangi kesediaannya untuk mendedahkan segala-galanya
mengenai kes itu. 
Khairuddin mendedahkan mengenai pertemuan tersebut menerusi satu tulisan di Facebook beliau:
Setelah beberapa tahun terputus hubungan dengan sirul azhar
umar; kini syukur alhamdulillah pada 28 jun 2018 saya telah dapat bertemu
semula dengan beliau di villawood detention camp, sydney!!

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perjumpaan di bulan syawal ini amat bermakna dan kami telah
berbual panjang lebar secara ikhlas dari hati ke hati selama lebih kurang sejam
setengah.
Sirul azhar umar kelihatan sihat serta tenang di kem tahanan
villawood yang mana beliau telah ditahan hampir selama 5 tahun sehingga kini.
Insya-Allah, saya amat yakin kebenaran mengenai kes
pembunuhan altantuya shaaribu akan menyebelahi pihak yang teraniaya akhirnya!!
Hakikatnya, kebenaran yang hakiki pasti menjelma pada
keseluruhan rakyat malaysia mahupun warga luar dalam sedikit masa lagi!!
Insya-Allah!!
Dalam pertemuan ini juga; sirul azhar umar telah mengutuskan
sepucuk surat kepada yab perdana menteri malaysia yang mana saya sendiri tidak
tahu apa isi kandungannya!!
Surat peribadi tersebut telah diletakkan di dalam sampul
yang tertutup dan akan saya sampaikan kepada yab perdana menteri malaysia
apabila pulang ke tanahair dalam beberapa hari lagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau yang pernah bertugas sebagai salah seorang anggota
pdrm di bawah unit tindakan khas turut menzahirkan perasaan rindu pada ibu,
ahli-ahli keluarga serta kampung halaman khususnya di saat kita meraikan bulan
syawal yang indah ini.
Dalam pertemuan ini juga, sirul azhar umar telah
membayangkan bersedia untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak
penguatkuasa undang-undang malaysia kerana yakin secara sepenuhnya terhadap
institusi kerajaan Pakatan Harapan yang amat telus serta professional.
Kini, sirul azhar umar kelihatan amat bersemangat dan tidak
lagi dibelenggui oleh sebarang perasaan takut kerana beliau amat yakin dengan
sistem perundangan baru di malaysia yang diterajui oleh Pakatan Harapan yang
mampu membela kalangan yang teraniaya!!
Semoga kebenaran yang hakikat dapat diketengahkan seterusnya
juga akan ditegakkan demi kepentingan warga tempatan mahupun keadilan manusia
sejagat!!
Kes pembunuhan altantuya shaaribu ini juga harus
diselesaikan secara sepenuhnya kerana ianya membabitkan isu pembunuhan kejam
sesama manusia!!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel