Connect with us

Berita Lain

Siti Kasim sokong campur tangan Muhyiddin



SHAH ALAM – Peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim bersetuju campur tangan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberi laporan terperinci berhubung insiden yang menimpa dirinya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menerusi catatat Facebook Siti Kasim yang juga aktivis berkata, tindakan itu sejajar dengan kedaulatan undang-undang yang harus dipatuhi.


“Adalah menjadi kepentingan umum bahawa menteri harus memastikan jabatan di bawah seliaanya mengikut undang-undang. Ini adalah mengenai peguam dan hak pelanggan. Ini bukan mengenai Siti Kasim.


“Mengenai hak saya untuk mengambil apa-apa tindakan undang-undang ia adalah perkara yang berasingan. Jika berlaku sebarang pelanggaran, saya terpaksa mengambil tindakan sewajarnya. Itulah hak saya,” katanya.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang tidak bersetuju dengan gesaan Muhyiddin campur tangan dalam kes Siti Kasim yang ditangkap susulan dakwaan menculik anak guamnya dan menghalang pegawai polis menjalankan tugas.


Sebuah portal melaporkan, Zainul Rijal berkata, tindakan itu bertentangan dengan peraturan undang-undang yang dijanjikan kerajaan baharu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Zainul Rijal berkata, fakta kes itu perlu disiasat dan dijelaskan terlebih dahulu dan jika menteri dalam negeri dibenarkan menentukan tindakan polis, maka Malaysia tidaklah menjadi lebih baik berbanding sebelum ini.


Siti Kasim bagaimanapun berkata, Zainul Rijal perlu melihat perkara itu dengan jelas dan telus.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel