Connect with us

Berita Lain

Skandal Mindef: Satu Jawatankuasa Akan Ditubuhkan

Foto: NST

KUALA LUMPUR – Satu jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan
bagi menyiasat semua skandal rasuah yang melibatkan Kementerian Pertahanan
sebelum ini.
Menterinya, Mohamad Sabu berkata, perkara itu termasuk
siasatan berhubung skandal kapal selam Scorpene.

“Isu (skandal Mindef) ditimbulkan orang ramai selama ini dan
adalah menjadi tanggungjawab kita dan jawatankuasa untuk siasat perkara ini dan
ia tidak tertumpu satu isu sahaja.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebaliknya, semua akan disiasat khususnya skandal-skandal
besar termasuk siasatan berhubung Scorpene yang mana kita telah bincang
mengenainya di peringkat Kabinet, cumanya sekarang ini terlalu awal nak komen,”
katanya dalam wawancara bersama beberapa agensi media tempatan di Wisma
Pertahanan, hari ini.
Mohamad berkata, siasatan tersebut bagi memastikan Mindef
bebas dari sebarang skandal rasuah.
“Siasatan akan mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Ini kerana penyelewengan akan memberikan kesan yang besar terhadap
keupayaan gempur Angkatan Tentera Malaysia dan melemahkan pertahanan negara,”
katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, Kementerian
Pertahanan telah mengeluarkan arahan untuk menghentikan amalan ahli politik dan
selebriti memakai baju seragam dan diberikan pangkat tentera.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Katanya, ini kerana ia merendahkan penghormatan yang
diberikan kepada gelaran itu selain menghormati tentera itu sendiri.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut apakah akan
menarik balik gelaran tentera yang telah diberikan kementeriannya itu sebelum
ini.
“Saya telah arahkan supaya pakaian tentera atau anugerah
pangkat kepada orang awam ini dikaji semula sebab kita mahu imej tentera itu
perlu dipertingkatkan dan kerana tentera adalah tentera dan mereka perlu dihormati.
“Kita tidak mahu sewenangnya uniform tentera disalah
gunakan atau pemberian pangkat kepada orang politik sewenangnya dan ini kita
akan kaji dan kurangkan seminimum mungkin,” katanya.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel