Connect with us

Berita Lain

SKMM Sahkan Putus Rantaian Kepercayaan Punca Masalah Laman Sesawang


KUALA LUMPUR — MYNIC Bhd, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), mengesahkan bahawa rantaian  kepercayaan antara pelayan MYNIC dengan Internet Assigned Numbers Authority (IANA) telah  terputus.
Siasatan awal kami mendapati pelayan tanda tangan MYNIC mengalami kerosakan dan menyebabkan terputusnya rantaian kepercayaan antara pelayan MYNIC dan IANA , katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut kenyataan itu, pasukan tindakan pantas MYNIC memberi keutamaan tertinggi untuk memulihkan perkhidmatan terjejas serta memantau keadaan dan mereka telah mendapatkan bantuan daripada syarikat infrastruktur berpusat di Amerika Syarikat, Verisign  serta IANA bagi melakukan kerja pemulihan.
MYNIC berkata kejadian itu tidak menyebabkan berlaku sebarang pencerobohan  terhadap data dan perkara yang menjadi isu sekarang ialah berkaitan akses kepada perkhidmatan domain MYNIC.
Kerja pemulihan akan mengambil masa termasuk untuk menyebarluas semula nama domain .my kepada dunia, katanya.
Menurut kenyataan itu, MYNIC sentiasa  berusaha untuk melindungi nama domain serta meningkatkan keselamatan iaitu dengan  memantapkan lagi lapisan lain berhubung pengesahan DNS bagi memastikan wujudnya perlindungan dari hujung ke hujung.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

MYNIC Bhd menyediakan perkhidmatan domain bagi .my dan perkhidmatan berkaitan, yang memberi kepada organisasi dan individu Malaysia identiti unik masing-masing di internet dan ekosistemnya. Ia juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengendalikan perkara itu secara holistik.
Sementara itu, MYNIC berkata pihaknya mendapat sokongn berterusan daripada KKMM dalam memastikan pembangunan industri nama domain menjadi sebahagian daripada infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia.
Terdahulu, terdapat laporan bahawa pelayan DNS yang mengendalikan  nama domain .my dikatakan terkeluar daripada  talian sejak semalam dan telah menjejaskan semua  laman sesawang menggunakan domain .my.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel