Connect with us

Berita Lain

Songkok Gaya Tun M Laris Selepas Jadi PM Semula


ALOR SETAR, 2 Jun ― Songkok Style Tun yang dijual di
Kompleks Pekan Rabu di sini bukanlah jenama yang asing lagi di Kedah kerana ia
diketahui ramai merupakan songkok kegemaran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad sejak dahulu lagi.
Dihasilkan Sardi Sahar, 60, reka bentuk songkok yang diilham
pada 2002 itu menggunakan kain baldu tebal dari Korea serta mempunyai ciri
menarik iaitu boleh dilipat dengan hanya menekap bahagian tepi songkok tanpa
menjejaskan atau merosakkan bentuknya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Setiap kali Ramadan memang Tun (Dr Mahathir) tak pernah
lepas berkunjung ke Pekan Rabu untuk membeli songkok di sini, sebelum ini
songkok ini biasa saja tapi pada 2002 saya inovasikan songkok ini agar boleh
dilipat dan lebih ringan dan saya perkenalkan kepada Tun, dan beliau
menyukainya.”
“Malah saya juga amat terharu pada 2008 Tun benarkan saya
gunakan gambarnya pada kotak songkok ini tanpa meminta sebarang bayaran, hanya
dia pesan agar saya menjaga kualiti songkok,” katanya ketika ditemui Bernama di
Kompleks Pekan Rabu di sini hari ini.
Beliau berkata kebiasaannya songkok berharga RM120 itu
mendapat permintaan tinggi setiap kali menjelang  Hari Raya Aidilfitri, malah selepas Dr
Mahathir dilantik sebagai perdana menteri buat kali kedua, permintaan songkok
itu meningkat kira-kira 30 peratus.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu seorang pelanggan Datuk Bahador A Rahaman yang
datang bersama anaknya Muhammad Adam Danial, 10, berkata beliau adalah
pelanggan tetap kedai itu dan amat meminati hasil kerja tangan Sardi yang
kemas.
“Hari ini saya belikan songkok untuk anak saya kerana saya
suka buatannya kalau pakai tidak panas dan berpeluh malah yang paling penting
tidak mengecut kalau letak dalam kereta,” katanya yang berasal dari Langkawi. —
Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel