Connect with us

Berita Lain

‘Sudah 2 tahun berubah…’

GAMBAR penggali kubur bersama sekeping gambar kubur dengan arah kiblat serong (gambar kanan) dikongsikan FB Orang Kota Tinggi. FOTO NSTP



Kota Tinggi: “Perubahan arah kiblat itu bukan baru, sebaliknya berlaku dua tahun lalu dan kami mengikut arahan dan nasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ),” kata Azamudin Asahak, 28, yang juga penggali kubur di FELDA Air Tawar 2.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Azamudin berkata demikian, bagi mengulas mengenai gambar yang tular kedudukan kubur yang digali bersama rakan-rakannya dilihat dalam keadaan serong ke kanan berbanding kubur asal di kawasan itu.


Situasi itu menimbulkan tanda tanya kalangan netizen yang tidak memahami perubahan arah kiblat kubur terbabit hingga mengeluarkan komen tidak wajar termasuk ia berlaku akibat perbezaan mazhab.


Mengulas mengenai isu itu, katanya, kehadiran pegawai MAINJ membantu dalam memperbaiki kedudukan arah kiblat yang berubah sejak dua tahun lalu.


“Ikutkan kubur lama memang kami mengikut arah kiblat, tetapi sejak dua hingga tiga tahun lalu, arah kiblat sudah berubah sedikit daripada kedudukan asal.


“Jadi bila proses pengebumian jenazah dilakukan, kami mengikut arah kiblat baru, jika tidak mengikut arah itu, ia jadi kesalahan,” katanya.


Katanya, MAINJ sebelum itu pernah datang ke kawasan itu bagi membuat sistem kiblat bersepadu menggunakan mesin khas.


“Pada masa sama satu tiang ditandakan bagi panduan arah kiblat baru, namun kedudukannya tidak berubah sangat dengan kedudukannya serong ke kanan kira-kira 30 darjah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Nak pandai-pandai mengubah arah kiblat memang tidak boleh, bahkan ada kenyataan sebelum ini arah kiblat juga berubah sedikit,” katanya.


Berpengalaman lebih 10 tahun menggali kubur katanya, dia tidak sangka gambar ditularkan ketika berbuka puasa yang dikongsi bersama rakannya mendapat perhatian netizen.


“Kebetulan ketika itu, seorang rakan bertanya saya berada di mana? Jadi saya membalas dengan mengirimkan tiga keping gambar termasuk berbuka puasa di tepi kubur dan tanah kubur baru digali,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel