Connect with us

Berita Lain

Syed Saddiq Dijangka Sertai Kabinet Mahathir


Ahli Parlimen Muar yang juga merupakan Ketua Pemuda Bersatu,
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal dinamakan sebagai menteri belia dan sukan
dalam senarai 26 anggota Kabinet Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain Syed Saddiq, nama Timbalan Setiausaha Agung DAP,
Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin 
turut tersenarai.

Perkara tersebut dilaporkan seorang sumber kerajaan yang
dipetik daripada portal Malaysia Insight, hari ini.
Menurutnya, Teresa akan mengetuai Kementerian Wilayah
Persekutuan, manakala Bee Yin bakal diletakkan sebagai Menteri Teknologi dan
Alam Sekitar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam laporan sama menyebut, wakil PKR dalam jemaah menteri
itu termasuk pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang akan jadi menteri kerja
raya, naib presiden, Xavier Jayakumar (air, tanah dan sumber asli), dan setiausaha
agung Saifuddin Nasution (perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna).
Manakala Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan,
Saifuddin Abdullah turut bakal dinamakan sebagai menteri pendidikan tinggi.
Sementara itu, wakil daripada Amanah turut tersenarai iaitu,
Mujahid Yusof Rawa bakal dilantik menteri luar manakala Ahli Parlimen Shah
Alam, Abdul Khalid Samad akan jadi menteri hal ehwal agama Islam di Jabatan
Perdana Menteri.
Kementerian Pembangunan Usahawan pula bakal dipegang oleh
Ahli Parlimen Alor Gajah, Mohd Redzuan Yusof.
Tidak ketinggalan, Parti Warisan Sabah mempunyai tiga wakil
dalam Kabinet Dr Mahathir iaitu Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking sebagai
menteri perdagangan antarabangsa dan industri, ahli Parlimen Batu Sapi, VK Liew
sebagai menteri undang-undang dan ahli Parlimen Silam, Mohamadin Ketapi bekal
menteri pelancongan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy akan diberi tanggungjawab
menjaga hal ehwal kaum India, selepas usaha kerasnya memastikan pengundi kaum
India memilih Pakatan Harapan.
Nama-nama calon jemaah menteri ini difahamkan akan
dipersembahkan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas Hari Raya
Aidilfitri, hujung minggu ini.
Sementara itu, seorang lagi sumber memaklumkan dirinya
dipilih untuk ke Kementerian Kerja Raya kerana beliau dalam kedudukan yang baik
untuk mengutamakan projek pembangunan bagi Sabah dan Sarawak.
“Pakatan mahu kerja-kerja pembangunan diteruskan di Sabah
dan Sarawak. Sudah cukup infrastruktur di Semenanjung Malaysia.
“Baru calon yang terbaik untuk tugas itu. Beliau tahu apa
yang diperlukan,” kata sumber itu.
Menurutnya lagi, berkemungkinan terdapat dua nama lagi dari
Sarawak akan dimasukkan selepas empat parti negeri itu meninggalkan BN untuk
mendirikan Gabungan Parti Sarawak yang mendukung PH.
“Wakil mereka mungkin dijemput menyertai Kabinet,” kata
sumber itu.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel