Connect with us

Berita Lain

“Tak Ada Tulis Duit Umno” – Amar Singh

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak



“Tak ada tulis duit daripada Umno,” kata Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengenai
wang rampasan di enam lokasi penggeledahan yang didakwa milik parti itu.

Jelas beliau, setakat ini tiada mana-mana pemimpin Umno
tampil menuntut wang tersebut yang dirampas pada bulan lalu.
“Kita takkan tahu sebab tak ada tulis duit daripada
Umno. Jika mereka dakwa itu duit Umno, maka kita perlu ambil keterangan mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka kena buktikan kepada kita tetapi tiada yang
tampil setakat ini,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman pada
Rabu.



Pada 25 Mei lalu, Umno menerusi satu kenyataan media
mendakwa sejumlah RM130 juta wang yang dirampas di Pavilion Residences, di
Bukit Bintang bukan milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,
sebaliknya milik parti itu, lapor mStar Online.
Menurut kenyataan itu, wang yang disebut dana itu dirampas
polis semasa ia dalam proses dipindahkan kepada pimpinan baharu Umno.
“Adalah dukacita dimaklumkan bahawa baki sumbangan kempen
dan dana parti telah dirampas semasa dalam proses dipindahkan selepas peletakan
jawatan Datuk Seri Najib sebagai Presiden Umno dan BN,” demikian menurut
kenyataan tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pada 23 Mei lalu, polis berjaya mengira 35 beg berisi hampir
RM120 juta wang tunai, melibatkan pelbagai mata wang yang dirampas dalam
penggeledahan di Pavilion Residences, di Bukit Bintang.
Beg mengandungi duit itu adalah antara 284 kotak yang diisi
dengan beg tangan berjenama, jam tangan, barang kemas dan wang tunai dalam
pelbagai mata wang.
Penggeledahan itu adalah sebahagian daripada siasatan polis
ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel