Connect with us

Berita Lain

Telekung pun ada yang palsu

SAHAR menunjukkan perbezaan antara telekung Siti Khadijah tulen dan Siti Khadijah palsu buatan Vietnam. FOTO Yusni Ariffin



JUAL `harga runtuh’ serendah 50 peratus hingga 60 peratus berbanding produk tulen. Itu antara taktik sindiket yang aktif menjual telekung jenama Siti Khadijah tiruan dengan harga serendah RM30 sepasang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Malah sindiket yang aktif menyeludup masuk telekung palsu dari Vietnam itu dikesan aktif memasarkan telekung itu melalui Facebook (FB).


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah Holding Sdn Bhd (SKHSB) Sahar Sahad berkata, aktiviti pemalsuan telekung SK berlaku sejak dua tahun lalu, namun semakin berleluasa sejak tahun ini.


Menurutnya, telekung SK dijual pada harga RM138 sepasang namun, sindiket menjual SK palsu di pasaran pada harga semurah RM30.


“Pada peringkat awal, pihak kami tidak begitu mengambil kisah produk SK tiruan menggunakan logo dan hak cipta produk kami. Tetapi lama-kelamaan tindakan ini menjejaskan jenama dan reputasi produk SK.


“Susulan itu, aduan sudah dibuat kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum rampasan dilakukan di tiga premis di Johor, Selangor dan Terengganu,” katanya.


Menurutnya, sindiket tidak hanya cuba meniru reka bentuk telekung SK sedia ada, malah turut memalsukan hologram pada produk SK tulen.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Terdapat beberapa perbezaan ketara pada telekung SK tiruan terutama jahitan kurang kemas, lipatan produk di dalam bungkusan yang tidak menunjukkan bahagian kepala selain jenis fabrik yang panas.


“Produk telekung SK tulen menggunakan bahan `rahsia’ bagi memastikan rambut si pemakai tidak terkeluar, getah khas, rekabentuk berbeza dan kain kapas lembut,” katanya.


Sahar berkata, telekung SK adalah produk buatan tempatan sepenuhnya dan syarikat SK


tidak mempunyai kilang di Vietnam atau melantik ejen untuk membawa masuk produk dari Vietnam.


“Produk tulen hanya dijual melalui 28 butik seluruh Malaysia dan 12 di Indonesia . Maklumat berhubung produk SK boleh peroleh di laman jual beli dalam talian iaitu Lazada, Shopee, FashionValet dan Astro Go Shop,” katanya pada sidang akhbar khas semalam.


Menurutnya, SK mempunyai seramai 217 pekerja dan 99 peratus daripadanya adalah warga tempatan dan ibu tunggal.


-my metro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel