Connect with us

Berita Lain

THM: Gaji, Emolumen Agong Dikurangkan 10 Peratus


YANG di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenankan
supaya peruntukan gaji dan emolumen baginda dikurangkan sebanyak 10 peratus
sepanjang pemerintahannya sehingga 2021.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab
Aziz berkata, pengurangan itu dizahirkan berikutan Sultan Muhammad prihatin
terhadap tahap hutang dan keadaan ekonomi negara.
“Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan
serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang kepada
Tabung Harapan Malaysia yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Baginda Tuanku juga ingin bersama rakyat menunaikan
tanggungjawab baginda dengan bertitah perkenan supaya gaji dan emolumen baginda
dikurangkan 10 peratus sepanjang pemerintahan baginda,” katanya dalam kenyataan
hari ini.


Dalam pada itu, beliau berkata, Sultan Muhammad bertitah
supaya Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri tahun ini tidak diadakan di Istana
Negara dengan peruntukkan majlis itu digunakan bagi membantu golongan yang
kurang bernasib baik.
Sebelum ini, bekas Ketua Media dan Komunikasi Majlis
Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin dalam dalam catatan blognya antara lain
mendakwa kerajaan memperuntukkan RM256.9 juta dari Januari hingga April tahun
ini untuk perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kenyataan itu dibidas Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang berpandangan walaupun hak menyuarakan pandangan perlu
dihormati, wartawan veteran itu perlu menunjukkan penghormatan dan ketertiban,
manakala kritikan dibuat tanpa memberi peluang institusi Raja-Raja Melayu
menjawab.
Susulan daripada itu, Kadir meletakkan jawatannya sebagai
Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan bagi mengelak kekeliruan
dalam kalangan masyarakat berkaitan peranannya dalam Majlis Penasihat Kerajaan
serta pandangan beliau dalam blog dan kolum mingguan di akhbar Sinar Harian.
– myMetro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel