Connect with us

Berita Lain

Tiada Lagi Hotel Mewah, Pemuda Umno Kikis Budaya Elit

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki – Foto: Berita Harian



KUALA LUMPUR, 25 Jun — Pemuda Umno akan membuang imej elitis
dan bangsawan untuk mendekati rakyat demi membina semula kepercayaan terhadap
parti tersebut, kata ketuanya yang baharu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Apa yang kami akan buat selepas pembentukan Exco ialah kita
akan jelajah ke seluruh 191 bahagian, dan kita akan tidur di rumah Ketua Pemuda
Cawangan di kampung-kampung. Tidak lagi di hotel-hotel mewah.

“Kita akan buang budaya ini dan akan bersama pemuda dan
ada program pembudayaan halaqah bersama mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Menjiwai dan cuba untuk mendapatkan apa juga maklum
balas daripada rakyat.


“Yang penting, kita kena dengar suara hati rakyat. Kita
buang istilah elit,” katanya kepada pemberita.
Komitmen itu diluahkan Ketua Pemuda Umno itu selepas
pengumuman keputusan pemilihan tiga sayap Umno – Pergerakan Wanita, Pemuda dan
Puteri 2018 oleh Setiausaha Kerja parti, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh malam tadi.
Ab Rauf sebelum itu mengumumkan pelantikan Asyraf dan Naib
Ketua Pemuda baharu yang disandang Shahril Sufian Hamdan, Pengerusi Tetap
Pemuda Umno Hafiz Che Mat dan naibnya Izwan Ismail selepas menewaskan pencabar
masing-masing.
Ab Rauf bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah undi yang
diterima mereka dan semakan keputusan di laman web Umno Online mendapati ia
masih belum dipaparkan sehingga kini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menjelas lanjut, Asyraf berkata sistem pengkaderan untuk
melahirkan ramai pemuda sebagai pemimpin yang berkaliber akan menjadi agenda
utama Pemuda Umno di bawah kepimpinan baharu.
Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu
berkata cadangan tersebut akan dijalankan melalui program latihan atau tarbiah
supaya individu yang bakal memimpin pada masa akan datang memahami hala tuju
Umno serta mendapat keyakinan masyarakat sebagai parti pembangkang.
“Kami (Umno) mahu membina ‘youngster factory’ atau kami
panggil kilang pemuda. Kita tidak mahu mempunyai satu bakat sahaja. Kita
perlukan lebih dari seorang pemimpin yang baik, malah ratusan.
“Saya mahu bina budaya berilmu. Di mana semua orang
yang bercakap mesti berasaskan ilmu dan fakta, bukan berasaskan sentimen atau
emosi,” katanya.
Tambah beliau, Umno perlu menjadi parti pembangkang yang
efektif untuk masyarakat dalam mempersoalkan imbangan keputusan kerajaan masa
kini.
“Kalau tiada sesiapa yang boleh bercakap berasaskan
ilmu dan fakta, maka habislah kita. Kita (Umno) tidak akan jadi parti yang
bertanggungjawab kepada masyarakat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Pada masa sama, kita tidak lagi relevan kepada
rakyat,” katanya mengulas lanjut mengenai kepentingan sistem pengkaderan
tersebut.
Menurut beliau, pembinaan jati diri secara spiritual perlu
diperkuatkan oleh setiap anggota bagi memperkukuhkan lagi kekuatan dalaman
parti Umno yang berteraskan agama Islam.
“Anda perlu seimbang dengan mengukuhkan aspek spiritual
anda. Kalau generasi masa kini tidak mempunyai jati diri yang kuat, maka kita
akan mudah ditelan zaman,” katanya.
Asyraf menang bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno bagi
penggal 2018 hingga 2021 selepas mengalahkan calon-calon yang lain, antaranya
Naib Ketua Pemuda Umno Senator Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda Umno Pahang
Datuk Mohd Shahar Abdullah, dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri
Jamal Yunus. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel