Connect with us

Berita Lain

Tiada Lagi Khidmat AG Untuk SPR



PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara tidak akan mewakili
mana-mana parti dalam mana-mana Petisyen Pilihan Raya, dan Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) hendaklah melantik dan memilih anggota Badan Peguam Malaysia untuk
mewakilinya dalam prosiding undang-undang itu, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan
jelas bahawa pengerusi SPR mestilah mendapat keyakinan awam seperti mana SPR
sendiri sebagai pemutus berkecuali  dalam
perjalanan pilihan raya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Sebagai pemutus berkecuali dalam menjalankan pilihan raya,
SPR tidak sepatutnya diwakili oleh anggota Jabatan ini kerana ada kemungkinan
berlakunya percanggahan kepentingan dan persepsi bahawa keadilan hendaklah
dilihat untuk dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Thomas berkata sistem perundangan Malaysia telah menubuhkan  Mahkamah Pilihan Raya sementara untuk
mendengar dan menentukan petisyen pilihan raya bagi pertikaian yang timbul
daripada perjalanan pilihan raya oleh SPR dan petugasnya.
“Memandangkan ahli-ahli kerajaan sentiasa menjadi parti
dalam petisyen pilihan raya, sama ada sebagai anggota Parlimen, anggota Dewan
Undangan Negeri atau calon yang tewas, adalah tidak menyenangkan bagi Jabatan
ini untuk bertindak bagi pihak SPR,” kata Thomas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Thomas menekankan bahawa tugas utama Jabatan Peguam Negara
adalah  bertindak sebagai penasihat
undang-undang kepada cabang  eksekutif
kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan
mewakili mereka dalam prosiding sivil dan jenayah di mahkamah.
SPR ditubuhkan semasa Merdeka untuk menjadi agensi bebas dan
adil bagi melaksanakan pilihan raya 
secara bebas dan adil serta menjadi neutral kepada parti-parti politik
bertanding yang mempunyai hak untuk dipilih pengundi bagi menjadi pemerintah  mereka untuk tempoh  maksimum lima tahun, jelas beliau. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel