Connect with us

Berita Lain

Tikam kekasih depan flet



POLIS menahan seorang lelaki di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, petang semalam, bagi membantu siasatan kes tikam membabitkan seorang wanita di Gelang Patah, Johor, kelmarin.


Timbalan Ketua Polis Daerah I Iskandar Puteri, Superintendan Ismail Dollah berkata, suspek yang bekerja sebagai operator kilang itu ditahan pada 4.40 petang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Kami mendapatkan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, untuk menahan suspek di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


“Penahanan itu dibuat berikutan kes tikam membabitkan seorang wanita, kelmarin,” katanya.


Beliau berkata, mangsa wanita itu ditikam di hadapan asrama pekerja di sebuah flet di Lima Kedai di Gelang Patah, pada 8.48 malam, kelmarin.


Katanya, siasatan mendapati mangsa berusia 20 tahun itu bekerja di sebuah kilang di Tanjung Kupang, Gelang Patah.


“Mangsa cedera di bahagian perut dan tangan kiri akibat kejadian itu. Dia dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek dan mangsa saling mengenali dan sama-sama berkerja di kilang.


Bagaimanapun, beliau berkata, motif atau punca kejadian masih dalam siasatan.


“Kita masih belum menerima laporan doktor untuk mengetahui berapa jumlah tikaman dan senjata tajam yang digunakan suspek,” katanya.


Ismail berkata, suspek berusia 26 tahun itu kini ditahan reman lima hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Semalam, satu muat naik dikongsi pengguna media sosial di Facebook (FB) yang memohon menularkan wajah suspek yang disyaki menikam mangsa.


Status itu mendakwa, kejadian berlaku selepas mereka berdua bergaduh akibat mangsa yang didakwa kekasih suspek enggan memberikan wang seperti diminta.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel