Connect with us

Berita Lain

Ugut Bunuh Dr Mahathir, NGO Lapor Polis

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad – Foto: NST

KUALA LUMPUR: Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada
Jumaat membuat laporan polis menggesa tindakan diambil terhadap individu yang
dipercayai membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad dalam laman sosial Facebook (FB).
Laporan polis tersebut dibuat oleh wakil NGO diketuai
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulup
Abdullah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, tengah hari
tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Abdul Rani berkata perbuatan pemilik akaun FB yang
menggunakan nama ‘Ayahanda Fadzley Mohd Yusof’ itu jelas menggambarkan
perbuatan tidak bertanggungjawab yang mengaitkan persatuan NGO dalam ugutan
itu.
NGO lain ialah Kesatuan Melayu National, Ikatan Rakyat Insan
Muslim Malaysia (Irimm), Akhlak Rahsia Cekal (ARC), Pertubuhan Permuafakatan
Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Refomis dan Kipidap.
“Semalam, dalam satu kenyataan di FB, netizen tersebut
mengugut mahu menembak Tun (Dr Mahathir), selain menyatakan hampir 2,000 ahli
persatuan NGO seperti Persatuan Ayahanda akan berhimpun di Dataran Merdeka di
sini sebagai satu protes menentang kerajaan Pakatan Harapan (PH).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya mewakili NGO lain ingin menegaskan bahawa kami tidak
terbabit seperti dakwaan individu itu. Kami menyokong sepenuhnya kerajaan
semasa kerana negara kita merupakan negara berdemokrasi dan setiap keputusan
adalah pilihan rakyat sendiri, jadi hormati keputusan itu,” katanya.
Abdul Rani berkata pihaknya berharap Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan
tegas terhadap individu terbabi, bagi membendung gejala yang boleh menjejaskan
keharmonian negara ini.

-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel