Connect with us

Berita Lain

Umno Minta Kerajaan Henti ‘Cabul’ Ekonomi Negara



Kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) harus menghalang Menteri Kewangan dan Hal Ehwal Ekonomi daripada terus merosakkan imej ekonomi negara, kata unit Komunikasi Strategik Umno dalam satu kenyataan, hari ini.


“Apa faedah memberitahu pelabur asing negara kita muflis? Pelabur asing akan takut untuk melabur ke sini dan mereka yang melabur di sini akan meninggalkan Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Ini akan memberi impak negatif kepada ekonomi dan rakyat, berhenti mempolitikkan ekonomi, tempoh kempen untuk PRU14 berakhir, Harapan sudah ditakdirkan menang, jadi sudah waktunya mengurus ekonomi dengan betul,” katanya.

Kenyataan itu merujuk kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, ketika memberitahu Financial Times bahawa beliau berpindah dari negara terkaya di Malaysia kepada negara muflis.

Azmin juga berkata, keseluruhan ekonomi sudah terjejas.

Umno juga mendakwa, pelabur asing bertindak balas secara negatif kerana beberapa langkah drastik diambil oleh kerajaan.

“Penolakan komuniti pelabur terhadap pelbagai langkah kerajaan seperti pembatalan beberapa projek mega serta penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dicerminkan oleh penurunan lebih 100 mata Indeks FBM KLCI, iaitu Indeks penanda aras Bursa Malaysia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Penurunan berterusan dalam pasaran saham juga menjejaskan pembayaran dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji (TH).

Umno berkata, sebulan selepas PRU14, nilai pasaran KWSP dalam 10 syarikat tersenarai menurun 12 peratus atau RM6.09 bilion, dari RM51.21 bilion kepada RM45.12 bilion, dalam tempoh sebulan.

“Sepuluh saham utama merekodkan prestasi terburuk dalam portfolio KWSP dalam tempoh sebulan adalah Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS), Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB), IJM Corp Bhd, Gamuda Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), Axiata Group Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB), CIMB Group Holdings Bhd, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Genting Plantations Bhd.

“Sektor pembinaan adalah yang paling teruk susulan kajian semula Kerajaan PH mengenai projek infrastruktur mega iaitu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan laluan ketiga mass transit (MRT3),” katanya.

Umno turut bimbang dan memberi amaran jika pasaran saham tempatan terus merudum, ia akan menjejaskan prestasi KWSP dan keupayaan untuk membayar dividen pada masa akan datang.

Ia mungkin sama seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Tabung Haji dan dana lain.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Tuduhan bahawa hutang negara mencapai RM1 trilion dan mewujudkan dana Tabung Harapan Malaysia adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat dari manifesto Harapan,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel