Connect with us

Berita Lain

Umno rosak jika Najib jadi MB Pahang



KUALA LUMPUR – “Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merosakkan Umno jika beliau berhasrat mahu menjadi Menteri Besar Pahang semula,” kata Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dalam temu bual dengan New Straits Times Press, Syed Saddiq menegaskan tidak masuk akal jika Najib yang terpalit dengan beberapa siasatan jenayah berhasrat berbuat demikian.


“Ini satu langkah ‘mengerikan’ jika ada cadangan Najib yang kini sedang dalam siasatn dipilih menjadi Menteri Besar Pahang.


“Jika saya mahu menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab yang mahu membunuh pembangkang, saya akan mengatakan ‘Alhamdulillah, saya menyokong langkah itu 100 peratus’ kerana kemunculan Najib akan membunuh Umno, “katanya.


Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas pendapat seorang individu yang mencadangkan jawatan tersebut dalam satu catatan di sebuah blog baru-baru ini yang mana, dia menyuarakan hasrat untuk melihat Najib sebagai Menteri Besar Pahang.


Penulis berkenaan juga meminta, Datin Seri Rosmah Mansor supaya ‘berehat’ daripada terus mengekori perjalanan politik suaminya agar tidak lagi menjadi buah mulut dan tomahan masyarakat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Walaupun mereka mempunyai perbezaan pandangan politik, Syed Saddiq berkata, beliau lebih suka melihat Umno menjadi pembangkang yang kuat sekurang-kurangnya dapat mengimbangi kerajaan yang ada sekarang ini.


“Dengan cara ini kita dapat memastikan masa depan rakyat Malaysia terpelihara kerana kita mempunyai demokrasi dalam pelbagai parti.


“Jika kita mahu melihat Umno kembali kuat dan bertindak sebagai pembangkang yang teguh, maka Najib tidak boleh menjadi ketua pasukan,” katanya.


Najib pernah menjadi Menteri Besar Pahang ke-12 dari Mei 1982 sehingga Ogos 1986.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel