Connect with us

Berita Lain

Untunglah…

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) ditemui media selepas merasmikan Majlis Rapat Ramadan Bersama Penjawat Awam di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar


KERAJAAN Selangor mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji membabitkan nilai sejumlah RM31. 2 juta kepada 17,109 penjawat awam negeri ini sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut mengumumkan bantuan khas RM1,000 kepada 755 kakitangan di tujuh jabatan Persekutuan di Selangor.


“Pembayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan kakitangan Persekutuan berkenaan akan dibuat serentak pada 25 Jun ini.


“Peruntukan ini dibayar selepas Aidilfitri berikutan kita tidak mahu penjawat awam berbelanja berlebihan dalam menyambut Aidilfitri,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rapat Ramadan bersama Menteri Besar Selangor di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam, hari ini.


Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, sebanyak 10 peratus daripada bantuan khas kewangan yang dinikmati penjawat awam gred 44 akan disumbangkan ke Tabung Harapan Negara.


“Saya yakin penjawat awam Selangor yang makmur juga sangat patriotik. Mereka turut terpanggil untuk bersama dalam usaha murni mengurangkan bebanan hutang negara yang ditinggalkan oleh pentadbiran lama.


“Maka, atas semangat cintakan tanah air, penjawat awam Selangor terdorong untuk menyumbang sebanyak 10 peratus daripada Bantuan Khas Kewangan kepada Tabung Harapan Malaysia. Namun, sumbangan patriotik ini hanya dikenakan kepada Pegawai Gred 44 dan ke atas,” katanya.


-mymetro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel