Connect with us

Berita Lain

‘Usir Warga Asing Dari Rumah PPR, Atau…’

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin – Foto: Malay Mail

PUTRAJAYA: Pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR)
diberi masa tiga bulan bermula hari ini untuk mengosongkan rumah PPR mereka
daripada penyewa warga asing.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin,
berkata jika gagal, pemilik rumah berkenaan akan dikenakan tindakan termasuk
pelucutan hak pemilikan rumah.
Jelasnya, tindakan tersebut akan bermula dengan rumah PPR di
bawah Kementerian di seluruh negara, lapor Astro Awani.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Yang memiliki atau menyewa premis-premis rumah yang
dibina oleh KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) khususnya PPR,
kita beri masa tiga bulan untuk pemilik rumah mengosongkan rumah mereka
daripada penyewa warga asing.
“Tiga bulan dari sekarang, kalau mereka gagal,
penguatkuasaan akan dilaksanakan untuk memastikan rumah-rumah PPR di bawah KPKT
tidak lagi diduduki warga asing.
“Ini hanya permulaan… rumah-rumah yang dijaga di bawah
KPKT. Kemudian kita akan beransur kepada perumahan di bawah sektor-sektor lain
pula,” katanya pada sidang media di KPKT di sini, siang tadi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain itu, Zuraida berkata, kementeriannya bercadang untuk
membangunkan semula kawasan perumahan Highland Towers di ibu negara, yang
ditinggal terbiar selepas tragedi tanah runtuh 25 tahun lalu.
Tapak berkenaan kini menjadi sarang dadah dan pencuri, dan
ia merisaukan penduduk di kawasan itu, katanya.
“Kita juga akan mewujudkan jawatan khas untuk kajian
kebolehlaksanaan (feasibility study) bagi mengambil balik tanah dan mengelola
semula rumah yang telah runtuh di kawasan Highland Towers.
“Saya akan lihat bagaimana kita boleh teruskan
pembangunan di situ agar harga nilai tanah di kawasan itu tidak terus terjejas
oleh tragedi Highland Towers,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel