Categories: Berita Lain

Khairuddin Dedah Bertemu Najib Dan Rosmah


Bekas ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin
Abu Hassan mendedahkan bahawa beliau telah bertemu dengan bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor.
Khairuddin, yang telah membuat beberapa laporan mengenai
1MDB dengan pihak berkuasa tempatan dan luar negara, berkata pertemuan itu
berlangsung dua hari selepas kekalahan BN yang dipimpin Najib dalam pilihan
raya umum 9 Mei lalu.
“Walaupun dulu saya dianiayai oleh mereka selepas
bertindak ke atas kes skandal 1MDB namun; di saat ini saya tidak pernah
berdendam pada Najib Tun Razak mahupun sesiapa saja yang terlibat untuk
menzalimi saya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebab itu, pada hari Jumaat setelah dua hari BN dan
Umno kalah dalam PRU14; saya secara peribadi mengunjungi Najib Tun Razak dan
Rosmah Mansor dari jam 4 petang sehingga 5 petang di kediaman peribadi mereka
di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur,” katanya dalam suatu kenyataan hari
ini.
Khairuddin, bersama peguam Matthias Chang, ditangkap dan
ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah
Khas) SOSMA 2012 selepas mereka membuat laporan ke pelbagai pihak berkuasa
mengenai dakwaan penggubahan dana 1MDB.

Mereka kemudian dibebaskan selepas berjaya mencabar
penahanan mereka di mahkamah.
“Cuma saya mohon Najib Tun Razak mengaku setiap
kesalahan-kesalahan beliau serta beri jaminan untuk pulangkan semula kepada
rakyat dan negara keseluruhan wang-wang yang telah mereka curi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Setiap hasil rompakan ke atas khazanah kerajaan dan
duit rakyat wajib dikembalikan.


“Apa yang menyedihkan saya sehingga kini Najib Tun
Razak masih hidup dalam sindrom penafian. Beliau tetap menafikan seolah-olah
tidak pernah mencuri khazanah kerajaan dan duit rakyat walaupun satu sen,”
katanya.
Najib ditangkap hari ini berhubung transaksi berkaitan SRC
International, bekas anak syarikat 1MDB.
Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam
untuk manfaat peribadi.
Khairuddin berkata beliau berdoa semoga Najib menginsafi
perbuatannya.



– Malaysiakini

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

15 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

19 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 days ago