Categories: Berita Lain

Speaker DUN Kedah: Terima Kasih ADUN BN – Mukhriz

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr
Mahathir mengucapkan terima kasih kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Barisan Nasional (BN) sekiranya benar mereka yang memberi undi bagi
membolehkan Speaker daripada Pakatan Harapan (PH) dilantik pada sidang Dewan
Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Beliau berkata ini kerana proses pemilihan tersebut adalah
secara rahsia iaitu melalui undian atas kertas yang dimasukkan ke dalam kotak
sebelum dikira satu persatu oleh Setiausaha DUN negeri.
“Jadi kami tidak boleh nyatakan siapa daripada kalangan
pembangkang yang beri tiga undi lebihan bagi membenarkan calon Speaker daripada
PH dilantik hari ini…silap-silap mungkin daripada PAS? Tapi kalau benar
begitu (ADUN BN undi), saya ucap terima kasih kepada mereka (ADUN BN),”
katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama sidang DUN Kedah hari
ini, Datuk Ahmad Kasim dilantik menjadi Speaker DUN apabila memperoleh 21 undi
menewaskan Pesuruhjaya PAS negeri Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi yang memperoleh
15 undi.
ADUN Ayer Hangat Juhari Bulat pula dilantik sebagai Timbalan
Speaker DUN.
Pelantikan Speaker DUN Kedah sebelum ini berhadapan masalah
apabila kedudukan kerusi di kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan dan
pembangkang adalah sama, iaitu 18 kerusi sehingga menimbulkan isu pilihan raya
negeri bagi menyelesaikan kemelut itu.
Tiga ADUN BN berkenaan Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail
(Guar Chempedak), Datuk Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu) dan Datuk Suraya
Yaacob (Sungai Tiang) mengesahkan menyokong pelantikan Speaker DUN Kedah
selepas mendapat restu daripada kepimpinan UMNO negeri dan pusat.
Bagaimanapun, sokongan itu tidak bermakna mereka menyertai
PH tetapi tetap setia bersama UMNO demi kepentingan rakyat di negeri ini dan
memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar tanpa sebarang
masalah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mukhriz dalam pada itu turut mengakui ada melakukan sedikit
rundingan sebelum ini bersama ketiga-tiga ADUN BN itu berhubung soal pelantikan
Speaker.
Sementara itu, menteri besar turut mengesahkan mengenai
rombakan portfolio exco negeri bagi diselaraskan dengan kementerian persekutuan
memandangkan perdana menteri sudah mengumumkan senarai kabinet yang terbaharu.
“Perkara ini supaya tidak berlaku keadaan di mana satu
jawatankuasa kementerian itu menjemput wakil negeri dan kita terpaksa hantar
lebih daripada seorang exco,” katanya.
Berhubung kekosongan kerusi exco apabila Datuk Amiruddin
Hamzah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan, katanya beliau memerlukan
sedikit lagi masa kerana perlu menyembah maklum kepada Sultan Kedah Sultan
Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah mengenai perkara itu.
— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago