Categories: Berita Lain

Siasatan 1MDB 50 Peratus Selesai

KUALA LUMPUR –
Siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah 50
peratus selesai, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Beliau yang ditemui selepas istiadat mengangkat sumpah
jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Istana Negara di sini hari ini berharap proses
siasatan kes akan selesai dijalankan secepat mungkin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya bersyukur atas pelantikan ini dan ini merupakan satu
amanah besar kepada saya untuk menjalankan tugas yang diberikan.
“Fokus saya ketika ini tetap menjalankan kes sekarang iaitu
berkaitan RM2.6 bilion. Doakan supaya kes ini diselesaikan secepat mungkin,”
katanya merujuk kepada RM2.6 billion yang dikatakan telah disalurkan ke akaun
peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebelum ini SPRM telah memanggil tiga individu bagi memberi
keterangan berhubung kes 1MDB iaitu Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor
dan anak tiri Najib, Riza Aziz.
Terdahulu, Mohd Shukri yang dilantik sebagai Ketua
Pesuruhjaya SPRM pada 18 Mei lepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, di Istana Negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau menggantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang meminta
ditamatkan kontrak perkhidmatannya pada 14 Mei lepas berkuat kuasa serta merta,
dan kembali bertugas di Pejabat Peguam Negara.
Mohd Shukri, 58, pernah berkhidmat selama 32 tahun bersama
SPRM sebelum bersara awal pada 31 Julai 2016. Jawatan terakhir yang dipegang
beliau adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.
Mohd Shukri yang berpengalaman luas dalam kes siasatan
jenayah, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Turut hadir menyaksikan istiadat pelantikan adalah Ketua
Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. -Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago