Categories: Berita Lain

Aktres Taiwan Dilarang Periksa FB Selepas Dilihat Keluar Bersama Anak Najib

PETALING JAYA: Pengurus pelakon Taiwan, Celia Zhang, telah
menghalangnya daripada memeriksa laman Facebooknya buat sementara waktu selepas
dia dilihat keluar bersama anak lelaki bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak.
Portal berita memberitahu bahawa pengurus Zhang tidak akan
membiarkan pelakon itu membaca komen-komen di halaman Facebooknya kerana
bimbang dia akan terganggu.
Zhang bagaimanapun belum lagi mengeluarkan kenyataan bagi
pihaknya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada Jumaat, portal berita Taiwan, Apple Daily melaporkan
Datuk Mohd Nazifuddin Najib dilihat menghabiskan masa lebih tiga jam menikmati makanan
bersama Zhang di sebuah restoran di kawasan Xinyi dekat bangunan Taipei 101.

Dilaporkan Mohd Nazifuddin keluar bersama Zhang selepas
Najib dibebaskan dengan ikat jamin susulan penahanannya pada 3 Julai lalu atas
dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Artikel itu melaporkan bahawa Zhang mendakwa dia mengambil
teksi pulang ke rumah dan tidak bermalam bersama Mohd Nazifuddin selepas
kedua-dua mereka dilihat minum bersama di hotel di mana anak Najib menginap.
Walaupun tidak menafikan mereka berpegangan tangan, tetapi
aktres itu memberitahu ia hanya selama seminit.
Dia turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia dan Mohd
Nazifuddin berciuman secara romantis, dengan menjelaskan ia sekadar cara untuk
mengucapkan selama tinggal.
Artikel itu menyebut bahawa pertemuan itu sebenarnya untuk
kerja sampingan Zhang kerana dia lebih berminat untuk mencuba dalam pelaburan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dia memiliki kepentingan perniagaan di salon kuku dan hotel
haiwan perliharaan, dengan pendapatan bulanan melebihi TWD100,000 (RM13,270).
Dikatakan bahawa Mohd Nazifuddin diperkenalkan kepada Zhang
melalui seorang rakan mereka warga Singapura.
Menurut rakannya yang dipetik oleh Apple Daily, Mohd
Nazifuddin mula memikatnya sejak setahun lalu, walaupun aktres itu telah menjalinkan
hubungan.

Mohd Nazifuddin kemudian bersungguh-sungguh mengenali Zhang
lebih dekat selepas wanita itu berpisah dengan teman lelaki.
Bagaimanapun, status hubungan mereka masih menjadi
tanda-tanya kerana tidak dapat disahkan sama ada kedua-duanya sedang
menjalinkan hubungan.
Semakan pada halaman Facebook Zhang menunjukkan bahawa
status terakhirnya adalah Sabtu lalu (30 Jun).



– mStar Online

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

2 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

3 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

4 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

4 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

4 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

5 days ago