Categories: Berita Lain

Rasuah Bukan Bahan Jenaka – Syed Saddiq

MUAR – Jangan jadikan rasuah sebagai bahan jenaka atau gurau
senda sebaliknya laporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya ia berlaku di
tempat masing-masing, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman.
Beliau berkata masyarakat perlu memupuk budaya baharu iaitu
melihat rasuah sebagai teruk dan memberi impak negatif bukan sahaja kepada
golongan belia bahkan kepada bangsa dan negara.
“Rasuah perlu dilihat sebagai teruk dan apa sahaja jenis
rasuah walau sekecil RM5 atau sehingga berbilion ringgit ianya tetap dianggap
rasuah dan bukan bahan ketawa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Majlis Penyerahan Cermin Mata sempena Program Tanggungjawab Sosial Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Sekolah Kebangsaan Parit No. 5, di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pematuhan
LHDN, Abdul Manap Dim, Pengarah LHDN Johor, Mohd Ramli A. Wahid dan Anggota
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail berkata bagi tempoh 2013 sehingga Mei lepas, sebanyak 2,238 orang
atau 55.2 peratus pesalah laku rasuah adalah golongan belia.
Dr Wan Azizah berkata perkara berkenaan amat membimbangkan
kerana golongan itu bakal pemimpin negara pada masa akan datang.
Syed Saddiq, yang juga Anggota Parlimen Muar, berkata
kementerian telah menggariskan tiga cadangan untuk membanteras gejala rasuah
bagi mengelakkan ia lebih berleluasa,
khususnya dalam kalangan belia seperti memperkasakan lagi peranan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Selain itu, melakukan
pindaan undang-undang termasuk pengasingan kuasa dan campur tangan
politik serta liputan meluas berkaitan sesuatu kes rasuah,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Terdahulu, seramai 39 murid dari kalangan golongan kurang
berkemampuan, menerima sumbangan cermin mata, manakala empat sekolah dalam
parlimen Muar, turut menerima alat bantuan mengajar.
Mengulas mengenai penularan video berdurasi 28 saat yang
menunjukkan Syed Saddiq mengutip sampah yang ditinggalkan penyokong bola sepak,
ketika perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi,
katanya tindakan terbabit bukanlah sesuatu yang dirancang.
Beliau berkata sebaliknya perbuatan berkenaan dilakukan
secara spontan, dengan harapan ianya akan menjadi amalan penyokong ketika
berada di stadium.
— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago