Categories: Berita Lain

PM, TPM kini penjawat awam

Dr Mahathir pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah, di sini, hari ini.



PUTRAJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) hari ini mengisytiharkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri Kabinet dan semua ahli Parlimen sebagai penjawat awam.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kesemua jawatan dalam pentadbiran tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurutnya, kesemua jawatan dalam pentadbiran wajib mengisytiharkan aset, pendapatan termasuk juga hadiah yang diterima mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


“Kerajaan memang berhasrat mencegah rasuah namun ia bukanlah perkara mudah kerana ia (rasuah) berlaku dalam pelbagai bentuk, dalam perkara ini kita perlu jawatankuasa.


“Syor yang disarankan ialah menetapkan undang-undang bagi kes-kes tertentu termasuklah rasuah ataupun penglibatan ahli-ahli politik dan anggota pentadbiran termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan juga wakil rakyat kerana jawatan ini dianggap sebagai penjawat awam,” katanya ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah, di sini, hari ini.


Dr Mahatahir menegaskan, kesemua anggota kerajaan tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.


“Jadi mereka semua perlu mengisytiharkan aset dan pendapatan mereka. Jika mereka menerima hadiah, ia perlu dilaporkan kepada SPRM.


“Walau bagaimanapun kita bagi kelonggaran iaitu kalau mereka terima hadiah dalam bentuk bunga, makanan atau plak sebagai satu tanda penghormatan tetapi perlu diisytiharkan kepada pihak bertanggungjawab.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Tapi kalau dapat kereta Mercedes kena tolak, bukan itu sahaja kereta Proton pun tak boleh terima,” tegas Perdana Menteri.


Beliau berkata, adakalanya pegawai kerajaan juga mungkin terdedah kepada korupsi misalnya menerima suapan atau hadiah kerana ‘membantu’ ia juga dilarang.


“Salah laku ini yang wujud dalam kementerian dan jabatan ini perlu dilaporkan kepada SPRM.


“Kalau ada perkara-perkara yang berlaku yang mungkin dianggap sebagai rasuah, kita juga telah bincang berkenaan beberapa undang-undang lain juga untuk tujuan yang sama iaitu memastikan rasuah di negara kita dapat dikurangkan,” ujarnya.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

3 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

8 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago