Categories: Berita Lain

Perkasakan dasar tahfiz – Pemuda UMNO

Asyraf Wajdi (dua dari kanan) menegaskan sekolah tahfiz sepatutnya diperkasakan. FOTO Aizuddin Saad



KERAJAAN diharap meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dengan menangani sebarang kelemahan yang ada dan bukannya menutup sistem pendidikan itu.


Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan gesaan supaya sekolah tahfiz ditutup kerana kononnya tidak memberikan masa depan kepada generasi baharu Islam adalah amat dikesali.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Dasar Pendidikan Tahfiz Negara telah digubal oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) dengan matlamat melahirkan seramai 125,000 huffaz profesional dalam tempoh 30 tahun, huffaz profesional ini bukan sahaja berupaya menghafal 30 juzuk al-Quran, tetapi pada masa yang sama dapat menguasai pelbagai disiplin ilmu serta kemahiran teknikal.


“Pemuda UMNO meminta kerajaan agar meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini, sekiranya ada kelemahan dalam dasar berkenaan, kerajaan boleh memperkasakannya dan bukannya menutup sekolah tahfiz,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pemuda UMNO selepas Pemilihan UMNO 2018 lalu di Menara Dato’ Onn, di Kuala Lumpur, hari ini.


Beliau mengulas cadangan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin supaya kerajaan menutup sekolah tahfiz yang disifatkan terlalu radikal, namun cadangan itu ditolak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, semalam.


Dalam perkembangan lain, Pemuda UMNO membantah pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang bersifat perkauman kerana ia akan menjejaskan usaha dalam membina negara bangsa.


“Sebarang keputusan yang dibuat berhubung perkara tersebut perlu dilihat dalam konteks lebih luas serta kepentingan pengiktirafan UEC dalam hal-hal kenegaraan. Kami Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan pengiktirafan sijil selain yang ada di negara ini,” tegas Asyraf.


Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis bulan depan, Asyraf Wajdi berkata ia adalah medan ujian bagi kepimpinan baharu Pemuda UMNO.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Pemuda UMNO sudah bersiap siaga untuk menggerakkan jenteranya bagi membantu calon yang bakal ditentukan pucuk pimpinan UMNO, mengenai siapa calon yang dipilih, biarlah ditentukan kepimpinan tertinggi parti,” katanya.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 Ogos depan sebagai hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Kandis dan 21 Julai ini diumumkan sebagai hari penamaan calon.


Kerusi DUN Sungai Kandis kosong berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma tahap empat di Pusat Perubatan Subang Jaya, Selangor, pada 2 Julai lepas.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

19 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

21 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago