Categories: Berita Lain

Tun M Punca Rakyat Mulut Lancang

Foto: Malaysiakini

SHAH ALAM – Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman
Noor Adam berpendapat kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
menjadi punca kepada bercambahnya kenyataan kontroversi yang turut menyentuh
institusi diraja kebelakangan ini.
Menurutnya, beliau merasakan kenyataan lancang sebegitu akan
terus dikeluarkan baik dari orang Melayu mahupun bukan Melayu selagi tiada
usaha mengubah corak pemikiran Tun Dr Mahathir.

Dakwanya lagi, lebih ramai akan berani berbuat demikian
kerana matlamat pemimpin berusia 93 tahun itu adalah untuk menghapuskan sistem
Raja Berpelembagaan dan menggantikannya dengan sistem republik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya berpandangan bahawa kelancangan mulut rakyat
pertikaikan tentang hak istimewa orang Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu
berpunca daripada kepimpinan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr
Mahathir.
“Sebagai contoh, bila kita buat laporan polis berhubung
kenyataan A Kadir Jasin dan Hishamuddin Rais, tiada tindakan diambil. Ini
menunjukkan mereka imun. Inilah yang saya panggil ‘law of jungle’
(undang-undang rimba).
“Negara kita tidak mempunyai undang-undang untuk halang
orang seperti ini dan mereka sesuka hati boleh ambil pendekatan hasut rakyat
supaya benci raja dan Yang Dipertuan Agong,” katanya ketika ditemui
selepas Wacana Sinar Kali ke-64, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan aktivis
Pakatan Harapan, Fadiah Nadwa Fikri yang menggesa sistem beraja perlu
dimansuhkan dan mendakwa monarki sudah lapuk.
Menggunakan pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’
sebagai analogi, Lokman menganggap Dr Mahathir adalah ‘rebung’ dan jika mahu
rakyat berhenti keluarkan kenyataan sebegitu maka tindakan perlu bermula dari
Dr Mahathir.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Memang budak perempuan (Fadiah) itu salah tapi
puncanya Dr Mahathir. Nak melentur buluh biarlah dari rebungnya dan dalam kes
ini, rebungnya adalah Dr Mahathir. Kalau tak betulkan Dr Mahathir, sampai bila
pun rakyat akan begitu.
“Matlamat Dr Mahathir adalah untuk jadi maharaja.
Sekarang saya tunggu bila rakyat nak bersama kami. Kita dah mula gerakan untuk
bantah satu-persatu tindakan kerajaan yang kita anggap melampau.
“Kalau rakyat tak nyatakan sokongan kepada raja dan
Yang Dipertuan Agong, mungkin makin sukar untuk raja bertindak. Rakyat Malaysia
perlu bangkit dan nyatakan pendirian mereka (sokongan kepada raja),” ujarnya.




– Sinar Harian

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago