Categories: Berita Lain

Dengar bunyi dentuman kuat

KEADAAN Perodua Alza selepas dirempuh treler dalam kemalangan di Kilometer 446, Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur dekat persimpangan Rawang Selatan, jam 12 tengah hari tadi. FOTO Ihsan pembaca



“SAYA terdengar bunyi dentuman kuat dan nampak melalui cermin sisi sebelah kanan kereta Toyota Vellfire dirempuh treler sebelum diseret hingga melanggar bahagian belakang sebelah kanan bas yang saya pandu.


“Bas bergoyang, namun saya dapat kawal sebelum meneruskan perjalanan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Sekembali ke lokasi kejadian selepas menurunkan penumpang di Kuala Lumpur, saya dapati kereta Perodua Alza remuk di lorong kecemasan dan terdapat empat mayat bertutup kain dan plastik hitam di atas jalan raya,” kata pemandu bas ekspres, Hazhar Hamzah, 52, saksi kejadian kemalangan yang mengorbankan empat orang hari ini.


Dalam kejadian 12 tengah hari itu, tiga mangsa yang menaiki Perodua Alza dan seorang pemandu Toyota Vellfire maut dalam nahas membabitkan enam kenderaan di Kilometer 445.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah Kuala Lumpur dekat persimpangan Rawang Selatan di sini.


Kemalangan itu turut mencederakan empat yang lain termasuk seorang kanak-kanak.


Menurut Hazhar, ketika kejadian dia yang membawa 41 penumpang dalam perjalanan dari Teluk Intan, Perak ke Kuala Lumpur.


Menurutnya, kejadian berlaku sangat pantas, namun bernasib baik kerana dapat mengelak daripada menjadi mangsa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Keadaan ketika itu memang cemas sedikit dan saya perlu kawal pemanduan agar tidak terbabas.


“Nasib baik bas berada di lorong dua, kalau tidak impaknya lebih buruk dan berkemungkinan rempuhan akan berlaku dari arah depan bas.


“Hanya jarak satu lorong dapat mengelakkan kejadian itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Hazhar berkata, dia terpaksa bergegas ke lokasi untuk mendapatkan nombor pendaftaran lori yang melanggar bas untuk membuat laporan.


Kemalangan terbabit menyebabkan kesesakan lebih 10 kilometer di laluan menghala Selatan dan sesak lebih lima kilometer di laluan sebelah Utara.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago