Categories: Berita Lain

Wanita dinoda lima lelaki, dibakar hidup-hidup

Aktivis mengadakan protes membantah sikap sambil lewa kerajaan dalam menangani kes rogol di negara itu.



NEW DELHI – INDIA. Seorang ibu kepada dua anak diperkosa bergilir-gilir oleh lima lelaki dan turut dibakar hidup-hidup dalam sebuah kuil di Sambhal, Uttar Pradesh.


Akhbar Times of India melaporkan kesemua suspek memecah masuk ke dalam rumah mangsa berusia 35 tahun itu pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan) sebelum merogolnya, semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurut suami wanita itu, isterinya ada menghubungi talian perkhidmatan kecemasan, namun tiada pihak yang menjawab panggilan itu.


Dia kemudiannya menghantar mesej kepada sepupunya untuk memaklumkan tentang insiden itu. Apabila penyerang itu kembali semula, mereka membawanya ke kuil berhampiran dan membakarnya tanpa perikemanusiaan.


Difahamkan, klip audio daripada panggilan terakhir mangsa akan dijadikan sebagai bahan bukti kes tersebut.


Kesemua suspek tidak berhati perut itu telah dikenal pasti dan turut tinggal di kampung didiami mangsa.


Susulan itu, jurucakap polis, Inspektor Varun Kumar memberitahu, pihak berkuasa kini memburu kesemua lelaki terbabit selepas ia menjadi kes rogol terbaharu didaftarkan di India.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Perkara itu turut mendapat pelbagai reaksi di media sosial yang kecewa dengan sikap tidak ambil peduli kerajaan dan polis dalam mengendalikan kes tersebut.


Ramai pihak mengkritik parti Bhatatiya Janta (BJP) dan kempen ‘Beti Bachao’ (Selamatkan anak perempuan kita) yang didakwa gagal memastikan keselamatan golongan wanita di negara itu.


Kaji selidik dibuat Yayasan Thomson Reuters pada awal tahun lalu mendapati India dinamakan sebagai negara paling bahaya untuk wanita di mana 106 kes rogol berlaku pada setiap hari. – Agensi

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago