Categories: Berita Lain

Bayaran Tanpa Tunai Kumpulan Sasar

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat akan mengkaji pelaksanaan teknologi pembayaran tanpa tunai untuk
kumpulan sasar dalam usaha menjimat dan mengurangkan kos.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail berkata, mekanisme yang dicadangkan adalah melalui kad tunai seperti
yang digunakan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyKasih khusus untuk
mereka yang memerlukan.
“Saya telah meminta ketua setiausaha untuk mengkaji
pelaksanaan teknologi pembayaran tanpa tunai yang digunakan oleh MyKasih. Saya
sangat berharap ia akan menjadi satu proses inovasi untuk mempercepatkan
pemberian bantuan dan mengurangkan kos.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jangan terkongkong dengan proses dan acuan sedia ada.
Gunakan segala daya kreatif untuk mewujudkan proses-proses yang menye­nangkan
pengguna perkhidmatan kita,” katanya berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di kementeriannya di
sini hari ini.
Wan Azizah yang juga Menteri Pemba­ngunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat turut melancarkan Kafe Daya iaitu sebuah kafe yang dikendalikan
oleh pekerja kurang upaya yang ditempatkan di kementerian tersebut.
Mengulas lanjut, katanya, proses inovasi memerlukan
kreativiti dan pembabitan pemilik proses dalam mengenal pasti peluang-peluang
pembaikan justeru itu, maklum balas daripada pelanggan harus dinilai dengan
teliti.
Sementara itu, beliau menasihati warga kementerian agar
tidak dipengaruhi oleh pertimbangan politik dalam meneruskan per­khidmatan
untuk rakyat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Lakukan kebaikan kepada sesama manusia tanpa mengira
bangsa, warna kulit dan agama mereka. Jangan mendiskriminasi sesiapa, perut
anak Melayu yang lapar sama rasanya dengan anak Cina, anak India, anak orang
asli dan anak Kadazan yang lapar.
“Memberi bantuan kepada mereka yang tidak layak juga adalah
satu kezaliman selain menafikan bantuan ke­pada mereka yang layak juga adalah
satu kezaliman. Tindakan sebegini bercanggah dengan konsep rahmat kepada
seluruh alam,” katanya.
Wan Azizah turut menyentuh mengenai tindakan untuk
memperbaiki seluruh komuniti iaitu dengan mengembalikan nilai-nilai dan norma
yang dapat membina sokongan dan kawalan sosial tradisional.
“Oleh itu untuk memperbaiki dan mengatasi berbagai masalah
sosial hari ini kita perlu memikirkan bagaimana membina semula sistem nilai dan
semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat tradisional,” katanya.
– Utusan Online

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

2 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

8 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago