Categories: Berita Lain

Pengetua maahad tahfiz calon PKR

MOHD Zawawi (bersongkok). FOTO Arkib NSTP



SELEPAS hampir tiga minggu berteka-teki, akhirnya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim mengumumkan Mohd Zawawi Ahmad Mughni sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.


Biarpun Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh di Jalan Kebun itu tidak begitu terkenal di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, nama Mohd Zawawi sememangnya tidak asing terutama dalam kalangan mereka yang menetap di Jalan Kebun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Namanya diumumkan Dr Wan Azizah pada Majlis Pelancaran Jentera Keadilan Pilihan Raya Kecil N49 DUN Sungai Kandis, di Padang Rakyat Jalan Kebun, Shah Alam, malam ini di hadapan penyokong dan ahli parti dalam Pakatan Harapan (PH).


Turut kelihatan, Naib Presiden PKR dan juga Menteri Besar Selangor, yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis, Amirudin Shari; Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya II, Azmizam Zaman Huri.


Ketika berucap, Dr Wan Azizah berkata, beliau mahu semua jentera bekerjasama demi mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis kepada PKR.


“Ramai rasa mereka layak dan boleh menang. Saya tahu ramai tapi satu saja yang dapat kita letak sebagai calon PKR.


“Kita mahu kekalkan kemenangan PKR di Sungai Kandis. Saya mohon kita bekerja keras tidak kira sama ada dipilih atau tidak tapi kita bekerja bersama demi kejayaan PKR dan Pakatan Harapan,” katanya.


Mohd Zawawi yang berkelulusan Sarjana Muda (Bahasa Arab) dari Universiti Al Azhar, Mesir, pada 1995 dan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Malaya pada 2005, sudah terbabit dengan politik sejak zaman Reformasi lagi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau yang bergerak sebagai penceramah dalam kempen dan program kesedaran, membawa pelbagai isu antaranya membabitkan Islam dan Melayu, keadilan untuk semua, penyelewengan dan rasuah.


Beliau menjadi ahli PKR secara rasmi pada 2012 selain terbabit dengan banyak siri program ceramah dan latihan ahli serta pemimpin PKR di Cabang Kota Raja serta Ranting Jalan Kebun.


Mohd Zawawi juga adalah Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan PKR Pusat.


Biodata


Nama: Mohd Zawawi Ahmad Mughni


Nama Panggilan: Ustaz Zawawi


Umur: 48


Tarikh Lahir: 20 September 1970


Tempat Lahir : Jalan Kebun


Isteri: Hazlina Abdul Razak


Anak: 5 lelaki


1.Abdullah Faizi Mohd Zawawi (23)


Pesantren Gontor sekarang UIA Pagoh. Hospitaliti dan Pelancongan.


2.Abdullah Hakimi (21)Kuis – Universiti Ar Raniry Acheh.


Kewartawanan


3.Abdullah Qardhawi


(20) University Darus Salam. (Hukum dan Ekonomi )


4.Abdullah Nasafi


Maahad Tahfiz Al Fateh (17)


(Hafiz 30 juzuk -SPM)


5.Abdullah Rizqi


(7 tahun)


Sekolah Rendah Al Fateh.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

2 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

3 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

5 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

5 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

5 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

6 days ago