Categories: Berita Lain

Zahid Tempelak Ahli Umno Seranah Kematian ADUN Balakong

Umno tidak boleh menerima sesiapa di kalangan anggotanya
yang mengeluarkan kenyataan tidak wajar terhadap kematian seseorang, kata Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut presiden Umno itu, perbezaan agama atau politik
tidak sepatutnya berlarutan sehingga “menyimbahkan” perasaan benci
seseorang.
Katanya kecaman tidak wajar dibuat ke atas seseorang
walaupun mungkin semasa hayatnya individu terbabit pernah melakukan kesilapan.
“Dalam isu kematian, biarpun berbeza agama – apatah
lagi berbeza politik – tidak seharusnya terdapat rasa kebencian yang
disimbahkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Umno tidak boleh menerima sesiapa saja di kalangan
ahlinya yang mengeluarkan kenyataan berupa seranah biarpun semasa hayatnya
mendiang mungkin pernah melakukan kesilapan dengan menghamburkan kata-kata
kesat yang berupa cacian,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Ahmad Zahid berkata demikian sebagai sambil mengucapkan
takziah kepada keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri Balakong, Eddie Ng Tien
Chee yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya awal pagi tadi.
Ng terbunuh selepas kenderaan pacuan empat rodanya merempuh
bekalang sebuah lori di kilometer 12 Lebuh Raya Cheras – Kajang.

Pagi tadi bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan
mengejutkan orang ramai apabila menyifatkan kematian Ng sebagai berkurangnya
“kaki fitnah” di negara ini.
Kata Datuk Razlan Rafii melalui ciapan di Twitter, Malaysia
juga menjadi aman dengan terbunuhnya Ng.
Tindakan itu mendapat kecaman hebat orang ramai, malah bekas
bos Razlan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, turut mendesak Ahmad Zahid mengecam
tindakan Razlan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Kata bekas ketua Pemuda Umno tersebut parti itu ditolak oleh
orang ramai disebabkan oleh perkataan dan perbuatan salah individu tertentu.
“Mesti tunjukkan kepimpinan,” ciap Khairy kepada
Ahmad Zahid yang pernah ditentangnya untuk jawatan presiden Umno dalam
pemilihan akhir bulan lalu.
Bagaimanapun kenyataan Ahmad Zahid tidak merujuk sebarang
nama.
Sementara itu mengenai kekosongan kerusi Balakong, Ahmad
Zahid berkata BN bersedia meletakkan calon apabila Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) mengumumkannya secara rasmi.
Katanya calon itu akan ditentukan setelah perbincangan
mengenai perkara itu pada mesyuarat parti-parti komponen BN.
“Calon yang bertanding akan dipilih daripada nama-nama
yang akan dikemukakan parti komponen yang meletakkan calonnya pada PRU ke-14
lalu,” katanya.
Untuk rekod BN kini wujud dengan hanya tiga parti iaitu BN,
MCA dan MIC.

– Malaysiakini

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago