Categories: Berita Lain

Tunggang motosikal ke balai polis selepas kepala ditikam



BEIJING: Seorang lelaki yang ditikam dengan pisau sepanjang 20 sentimeter (cm) pada kepalanya nekad menunggang sendiri motosikalnya ke balai polis.


Kejadian menggemparkan itu berlaku selepas mangsa dikenali sebagai Qin, 33, bertengkar dengan penumpang yang menggunakan perkhidmatan teksi motosikalnya di bandar Guangzhou pada Ahad lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Penumpang terbabit bertindak ganas selepas dia enggan membayar tambang seperti dipersetujui.


“Pada mulanya, saya ingatkan terkena renjatan elektrik. Selepas saya jatuh ke tanah, saya meraba belakang kepala dan baru tersedar kena tikam. Saya menjerit meminta tolong beberapa kali, namun tiada yang datang membantu,” ujarnya.


Imbasan x-ray menunjukkan pisau yang tertusuk di kepala mangsa.


Dia akhirnya terpaksa menunggang motosikal selama 20 minit dalam keadaan itu selepas gagal mendapatkan bantuan orang sekeliling.


Pihak berkuasa di balai polis Zengcheng Dadun yang terkejut dengan keadaannya segera membawa mangsa ke hospital.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Lelaki itu kemudiannya menjalani pembedahan yang mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan pisau di belakang kepalanya.


Dia kini dilaporkan stabil dan semakin pulih.


Menurut ketua doktor jabatan jagaan kritikal, Liu Chengyong, ia adalah kejadian pertama pesakit tiba di hospital dengan keadaan pisau tertusuk dalam kepala.


“Dia bernasib baik kerana pisau itu tidak mengenai saluran darah utama. Jika ia memasuki kira-kira satu atau dua cm lagi, lelaki tersebut mungkin menemui ajal,” katanya. – Daily Mail

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

13 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

15 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago