Categories: Berita Lain

Sudah Sampai Masanya Melayu Ditegur



SHAH ALAM – Sudah sampai masanya teguran dibuat kepada bangsa Melayu terutamanya golongan profesional yang sudah terlalu selesa dengan kemudahan yang mereka peroleh.

Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin berkata, golongan yang sudah
selesa dilihat tidak mahu turun ke bawah melihat apa yang sebenarnya berlaku kepada orang Melayu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, bangsa Melayu juga kurang membuat penyelidikan tentang apa yang berlaku sekarang dan lebih suka hanya ‘tunggu’ dan ‘lihat’.
“Jati diri Melayu makin terhakis dan kurang sikap ambil tahu hal bangsa… mereka (bangsa Melayu) lupa soal musyawarah dan muafakat… lupa soal adab dan budi. Walhal nenek moyang dulu banyak tinggalkan azimat supaya Melayu bersatu dan ada semangat sayang bangsa.
“Melayu dulu sudah ada kemajuan hebat dan minda besar. Contoh mereka sudah pandai buat pistol iaitu terakol, sudah pandai buat senapang iaitu istinggar, sudah pandai buat meriam iaitu lela rentaka.
“Kita kena jadi bangsa pencipta seperti dulu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.
Mohd Rosli berkata, Melayu perlu kembali menjadi hebat dan berani dalam pelayaran.
Menurutnya, dulu Melayu terkenal serata dunia dan beliau sangat berharap agar bangsa Melayu kini dapat mengembalikan semula semangat berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jadi nilai-nilai murni Melayu lama yang jana kehebatan perlu ada semula. Kalau Melayu masih lagi tidak berubah sikap, Melayu akan pupus… yang tinggal Melayu sebagai bahan sejarah dan tontonan sahaja.
“Melayu tidak perlu marah-marah. Kita perlu bersatu bergerak ke depan dan masih belum terlewat lagi untuk berubah,” katanya.
Menurutnya, Melayu perlu satu badan atau gerakan yang menggambarkan kesatuan Melayu.
“Kita lihat bangsa Cina sahaja, terdapat 9,000 persatuan di bawah Dong Ziong. Melayu perlu ada seperti ini. Setidak tidaknya di bawah raja Melayu atau pemimpin kaum,” katanya.
Mohd Rosli berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan bangsa Melayu perlu berani melakukan perubahan minda secara radikal dalam mengharungi cabaran landskap negara yang kini telah berubah secara fizikal, sosial, ekonomi dan politik.
Dalam titah baginda, baginda mengingatkan orang Melayu yang gagal melakukan pengubahsuaian minda untuk menghadapi senario baru dalam negara, dibimbangi akan menghadapi nasib kepupusan seperti dinosaur.

-Sinar Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

9 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

13 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

18 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 days ago