Connect with us

Berita Lain

Sidang Dewan Rakyat Tertangguh, Menteri, Timbalan ‘Hilang’

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat sesi petang hari ini
tertangguh selama enam minit apabila tidak cukup Ahli Parlimen yang hadir.
Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) bangkit berdiri dan
mempersoalkan kepada Yang Dipertua Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang
mempengerusikan mesyuarat itu.
“Tuan Yang Dipertua. Saya hendak pastikan, adakah cukup
korum? Apa menteri, timbalan menteri semua tiada ke?” soal Alexander.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mohamad Ariff lantas membuat keputusan, “Kita tempohkan
dua minit sehingga cukup korum. Sila bunyikan loceng.”
Berdasarkan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 13(1),
cukupbilang (korum) bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah Majlis
Mesyuarat hendaklah mengandungi 26 orang ahli dengan tidak termasuk Pengerusi, lapor Astro Awani.
Selepas loceng dibunyikan, Mohamad Ariff memaklumkan bahawa
terdapat 36 Ahli Parlimen sekaligus membolehkan mesyuarat bersidang.
Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 13(2) menyatakan:
“Jika siapa-siapa ahli menarik perhatian Pengerusi
mengatakan tidak cukupbilang, maka hendaklah dipanggil ahli-ahli di luar Dewan
Mesyuarat seolah-olah memanggil ahli kerana hendak diadakan belahbahagian.
“Setelah dipanggil ahli-ahli itu, maka Tuan Yang
Dipertua, selepas genap dua minit, hendaklah membilang berapa orang ahli-ahli
dalam Majlis Mesyuarat; jika tidak cukupbilang juga maka hendaklah
ditangguhkannya mesyuarat itu hingga hari mesyuarat yang kemudian dengan tidak
dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan
rasa tidak puas hati dengan prestasi kehadiran menteri dan timbalan menteri di
Dewan Rakyat.
Beliau menegaskan, wakil rakyat yang gagal hadir ke Parlimen
perlu mengemukakan alasan yang kukuh.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel