Categories: Berita Lain

Cuepacs Rangka Cadangan Sistem Baharu Penjawat Awam

LABUAN — Cuepacs sedang merangka kertas cadangan tentang
sistem saraan baharu penjawat awam untuk dikemukakan kepada kerajaan, kata presidennya Datuk Azih Muda.
Beliau berkata Cuepacs mahu kerajaan melakukan semakan
semula lima tahun terhadap gaji penjawat
awam yang tidak disemak sejak 2002.
Katanya semakan semula gaji itu perlu dilakukan berikutan
kenaikan harga rumah dan barangan
sejak kebelakangan ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami dengan ini ingin menegaskan kesetiaan kami kepada
kerajaan yang memerintah. Kami faham tentang
keadaan semasa kewangan negara, tetapi kita perlu ingat bahawa harga rumah kini
terlalu tinggi bagi mereka dari gred rendah.
“Mereka yang berpendapatan RM2,000 sebulan sudah tentu tidak
mampu membeli rumah berharga RM150,000 sebuah, lebih-lebih lagi mereka
yang mempunyai banyak anak, kesudahannya mereka perlu menyewa rumah,”
katanya pada sidang akhbar selepas majlis taklimat pra persaraan untuk penjawat
awam Labuan di sini hari ini.
Azih berkata Cuepacs berpendapat kerajaan perlu memastikan
penjawat awam tidak menanggung beban
yang terlalu berat untuk memberi
makan minum kepada keluarga mereka dan
menyediakan pendidikan untuk anak
masing-masing.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Penjawat awam perlu
dipastikan berkemampuan untuk membeli rumah. Sekiranya mereka tidak
berkemampuan membeli rumah semasa dalam
perkhidmatan, apakah yang dapat mereka lakukan setelah bersara nanti?
“Justeru, kami (Cuepacs) akan kemukakan syor kepada kerajaan tentang
kenaikan gaji 1.6 juta penjawat awam,” katanya.
– BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Penyanyi dan pelakon veteran Datuk Abdul Hail Amir meninggal… Read More

4 hours ago

‘Bila ibu ibu naik angin, rasain lo!’ – sekumpulan wanita mengamuk robohkan rumah perogol kanak-kanak perempuan

Sekumpulan wanita mengamuk dan melepaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek perogol kanak-kanak perempuan bawah umur.… Read More

9 hours ago

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

1 day ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

1 day ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago