Categories: Berita Lain

Minta Maaf Kepada Keluarga Tun M!

ANNUAR perlu minta maaf secara terbuka kepada keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad. FOTO/FAIL

TAN Sri Annuar Musa perlu meminta maaf secara terbuka kepada keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengeluarkan kenyataan akan berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas ini seperti di Parlimen Langkawi.


Pengarah firma penyelidikan politik, Sky Data, Dr Ainul Adzellie Hasnul, berkata kenyataan Setiausaha Agung UMNO itu tidak matang dan mendahului ketentuan Tuhan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Katanya, sebagai pemimpin kanan Barisan Nasional (BN), Ahli Parlimen Ketereh itu sewajarnya menyesali tindakannya dengan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Perdana Menteri dan rakyat Malaysia.


“BN mahu menjadi pembangkang berwibawa tetapi apa yang dilakukan pemimpin kanannya mengeluarkan kenyataan berbentuk propaganda dan politik murahan.


“Sebelum ini, bekas Menteri Besar Perak (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin) memohon maaf kerana mengaitkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun 2016 sebagai balasan Allah terhadap kerajaan BN dan UMNO.


“Annuar perlu mencontohi kematangan Mohammad Nizar yang kini EXCO Perak,” katanya kepada NSTP, hari ini.


Malam tadi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan kenyataan Annuar bahawa akan PRK selepas ini seperti di Parlimen Langkawi sebagai tidak wajar.


Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, apa yang diucapkan Annuar itu juga tidak perlu.


Pada PRK Parlimen Kuala Kangsar, Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak dilaporkan berkata, kebiadapan Datuk Seri Najib Razak (ketika itu Perdana Menteri) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merampas kerajaan Perak pimpinannya di bumi Kuala Kangsar pada 2009 menyebabkan Allah menjadikan PRK di kawasan itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Bagaimanapun, beliau meminta maaf kepada keluarga calon BN ketika itu, Datin Mastura Mohd Yazid berhubung kenyataannya.


Ainul Adzellie berkata, setiap pemimpin perlu mengawal kenyataan bagi mengelak berlaku kes mengaitkan PRK dengan kematian.


“Ajal dan maut adalah ketentuan Ilahi dan tidak perlu dipolitikkan. Banyak lagi isu seperti ekonomi dan mendesak kerajaan menunaikan janji,” katanya.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago