Categories: Berita Lain

Status KR1M Akan Ditentukan Dalam Tempoh Terdekat-Saifuddin Nasution


SHAH ALAM — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengumumkan status Program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) sama ada diteruskan atau sebaliknya, dalam tempoh terdekat.
Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Saya sudah terima maklumat dan taklimat mengenai KR1M dari pegawai kementerian dan pengusaha kedai rakyat ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

” Apa yang saya boleh beri tahu hanya ada tiga keputusan itu iaitu sama ada menamatkannya, meneruskannya atau meneruskan dengan melakukan beberapa  pengubahsuaian,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan proram Citarasa Malaysia di Tesco Seksyen 13, di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan mengetengahkan beberapa idea sekiranya kedai itu diteruskan dengan pengubahsuaian.
Katanya, ini termasuklah dalam aspek penjenamaan semula bagi menambah baik perjalanan operasi kedai rakyat tersebut.
“Sebelum ini telah wujud 185 premis perniagaan KR1M (seluruh negara) malangnya model itu tidak bertahan lalu kerajaan terdahulu menamatkannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kemudian lahir pula KRIM2.0 sehingga sekarang yang mana mempunyai 52 premis yang sedang diusahakan… namun apa juga keputusan yang saya buat ia sangat mengambil kira tujuan asal kedai itu iaitu harga barangan mestilah rendah dan munasabah, ” katanya.
Pada Feb lepas, KR1M distruktur semula sebagai KR1M 2.0 yang mana model itu disifatkan lebih terbuka, berdaya saing selain memberi peluang lebih ramai peniaga runcit menyertai kedai rakyat berkenaan.
BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

2 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

3 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

4 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

4 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

5 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

5 days ago