Categories: Berita Lain

Ibu lawan Buaya Selamatkan Anak


Jambi (Indonesia): Seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawa
apabila nekad terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anak lelakinya berusia
11 tahun yang diheret buaya sejauh 15 meter ketika turun mengambil air untuk
menyiram pokok bunga di halaman rumah mereka.
Detik News melaporkan, dalam kejadian jam 10.30 malam (waktu
tempatan), Sabtu lalu, di Kelurahan Teluk Dawan, Kabupaten Tanjung Jabung
Timur, Jambi, Rasmi Dawan, 37, tidak berfikir panjang terus terjun dan berenang
menyelamatkan anaknya Yadi Putra yang diterkam buaya di lengan kiri dan diheret
ke dalam air.
“Saya beranikan diri menyelam ke sungai untuk merebut anak
daripada gigitan buaya itu. Tiba-tiba tanpa disangka, buaya itu melepaskan
gigitannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ketika itu saya tidak peduli langsung jika ada buaya lain menyerang
kerana cuma mahu menyelamatkan anak yang sudah terseret 15 meter,” katanya.
Katanya, sungai itu memang mempunyai buaya, namun Yadi tidak
melihat haiwan yang menerkamnya disebabkan keadaan gelap.
Menurut Tribun, penduduk kampung yang mendengar kekecohan
itu kemudian membantu membawa Yadi yang cedera teruk pada tangan kirinya ke
hospital untuk rawatan.
Sementara itu, Ketua Bahagian Wilayah III BKSDA Jambi,
Faried berkata, satu pasukan dikerahkan ke sungai itu untuk menangkap dan
memindahkan buaya berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sungai itu memang habitat buaya, malah pernah ada kejadian
penduduk dibunuh haiwan itu pada 2010,” katanya.
Keberanian Rasmi mendapat perhatian umum dengan Ketua Polis
Resor Tanjung Jabung Timur, Superintendan Marinus Marantika Sitepu memberikan
penghargaan kepadanya dalam satu upacara sempena Hari Bhayangkara ke-72 di
lapangan Polres Tanjabtim.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

2 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

3 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

5 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

5 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

5 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

6 days ago